AS-90

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AS-90
AS-90 self-propelled artillery.JPG
Meriam SP AS-90 155 mm di Basra
Jenis Artileri gerak sendiri
Asal Bendera United Kingdom United Kingdom
Spesifikasi
Berat 45 tan (100,800 lbs)
Panjang 9.07 m (29.75 kaki)
Lebar 3.5 m (11.48 kaki)
Tinggi 2.49 m (8.16 kaki)
Krew 5 (Komander, pemandu, 3 orang krew meriam)

Perisai Keluli maks. 17 mm (.66 in)
Senjata
utama
Meriam 155 mm L31 39

48 rounds

Senjata
kedua
7.62 mm NATO MGKA L7
Enjin Enjin diesel Cummins VTA903T V8
660 hp (492.16 kW)
Kuasa/berat 14.66 hp/tan
Sistem
ampaian
hidropneumatik (Hidrogas)
Jarak
operasi
420km (261 batu)
di atas jalan
Kelajuan 53 km/j (33 bsj)

AS-90 (singkatan bagi Artillery System for the 1990s atau "Sistem Artileri untuk 1990-an") adalah sebuah artileri gerak sendiri berperisai ringan yang kini sedang digunakan oleh Tentera Darat Britain. Unit pertama telah diserahkan pada tahun 1993.[1]

AS90 digunakan oleh lima rejimen dari Artileri Kuda Diraja dan Artileri Diraja bagi mengantikan penggunaan meriam gerak sendiri berkaliber 105 mm FV433 Abbot SPG, M109 155 mm atau meriam tunda FH-70 155 mm.

AS 90 telah direka dan dibina oleh divisyen persenjataan dari Vickers Shipbuilding and Engineering (VSEL, dimiliki oleh BAE Systems sejak 1999), yang telah membekalkan 179 buah kenderaan bermula pada tahun 1992-1995 pada harga £300 juta.

Pada tahun 2002, BAE Systems telah diberi kontrak bagi meningkat upaya 96 pucuk AS-90 milik Tentera Darat Britain kepada laras berkaliber 52 mm bagi meningkatkan jarak tanpa bantuan kepada 30 km dan menggunakan peluru jarak jauh ERA kepada 60 ke 80 km.[2] Walaubagaimanapun, oleh kerana ketidakmampuan sistem cas bi-modular yang dibekalkan oleh firma Somchem dari Afrika Selatan memenuhi keperluan menyebabkan program ini kemudian dibatalkan.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • PzH 2000 - Panzerhaubitze 2000, artileri 155mm buatan firma Rheinmetall, Jerman telah digunakan sejak 1998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]