ASCII Media Works
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Jenis | Kabushiki kaisha |
|---|---|
| Industri | Buku, Pengkomputerang, IT, Majalah, Manga, Permainan video |
| Pendahulu | ASCII dan MediaWorks |
| Ditubuhkan | 1 April, 2008 (gabungan) |
| Ibu pejabat | Shinjuku, Tokyo, Jepun |
| Perancang utama | Kiyoshi Takano (Presiden) |
| Hasil | ¥493,500,500 (2009)[1] |
| Pekerja | 349[1] |
| Anak syarikat | Datam Polystar Mahō no Island |
| Laman web | (Bahasa Jepun) asciimw.jp |
ASCII Media Works, Inc. (株式会社アスキー・メディアワークス Kabushiki kaisha Asukī Media Wākusu?) merupakan sebuah syarikat penerbitan Jepun yang ditubuhkan pada 1 April, 2008 setelah bergabungnya syarikat ASCII dan MediaWorks di mana MediaWorks secara sahnya menyerap masuk ASCII.[2][3] Walaubagaimanapun, bekas presiden ASCII, Kiyoshi Takano, tetap berjaya menjadi presiden ASCII Media Works.[4] Syarikat ini bertumpu kepada penerbitan-penerbitan buku, majalah hiburan dan komputer, manga serta permainan video. ASCII Media Works juga terkenal dengan majalah-majalah dan label buku berjenama Dengeki (電撃? bermaksud kejutan elektrik) misalnya seperti Dengeki Daioh dan Dengeki G's Magazine, di samping penerbitan utama syarikat tersebut untuk novel ringan.
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 "AMW 会社案内 [Maklumat Syarikat AMW]" (dalam Bahasa Jepun). ASCII Media Works. http://asciimw.jp/info/corp/. Capaian 25 November 2009.
- ↑ Niimura, Hiroshi (29 Februari 2008). "角川グループホールディングス、子会社のメディアワークスとアスキーを合併 [Kadokawa Group Holdings, Gabungan Anak Syarikat MediaWorks dan ASCII]" (dalam Bahasa Jepun). CNET Japan. http://japan.cnet.com/news/biz/story/0,2000056020,20368453,00.htm. Capaian 25 Oktober 2009.
- ↑ Kawamura, Hironari (28 Februari 2008). "角川HD:「アスキー・メディアワークス」4月1日発足へ 合併を正式承認 [Kadokawa HD: ASCII Media Works Bermula 1 April, Pengesahan Gabungan Rasmi]" (dalam Bahasa Jepun). Mainichi Shimbun. http://mainichi.jp/enta/mantan/archive/news/2008/02/28/20080228mog00m200044000c.html. Capaian 25 Oktober 2009.
- ↑ "アスキー + メディアワークス = アスキーメディアワークス [ASCII + MediaWorks = ASCII Media Works]" (dalam Bahasa Jepun). Yahoo! Japan. 3 Mac 2008. http://opinions.news.yahoo.co.jp/op?a=713454-neta. Capaian 25 Oktober 2009.
Pautan luar [sunting]
- (Bahasa Jepun) Tapak rasmi
- (Bahasa Jepun) Dengeki.com
- ASCII Media Works di Ensiklopedia Anime News Network