A Beautiful Mind (buku)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A Beautiful Mind
A Beautiful Mind by Sylvia Nasar
Pengarang Sylvia Nasar
Judul asal A beautiful mind: a biography of John Forbes Nash, Jr., winner of the Nobel Prize in economics, 1994
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Genre Biografi
Penerbit Simon & Schuster
Tarikh terbitan 1998
Jenis media Kulit Keras
Bil. muka surat 459
ISBN 0-68481-906-6
OCLC 38377745

A Beautiful Mind adalah sebuah biografi yang tidak rasmi mengenai pemenang Hadiah Nobel dalam ekonomi dan ahli matematik John Forbes Nash, Jr oleh Sylvia Nasar, seorangwartawan ekonomi akhbar New York Times. Buku ini menjadi insipirasi filem A Beautiful Mind yang dikeluarkan pada 2001.

Bermula dari zaman kanak-kanaknya, buku ini menceritakan pengalaman Nash di Princeton University dan Massachusetts Institute of Technology, pekerjaannya untuk RAND Corporation, keluarganya dan perjuangannya ketika menghidap skizofrenia. Buku ini mengandungi keterangan pelbagai aspek kehidupan Nash yang terperinci, pemeriksaan keperibadian dan motivasinya, serta memberikan perspektif menarik tentang ketegangan dalam hubungan peribadi dan profesional seorang penyakit mental yang berat.

Buku ini memenangi anugerah National Book Critics Circle Award pada 1998 untuk biografi, dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer untuk biografi, dan terpilih untuk Hadiah Rhône-Poulenc pada tahun 1999. Buku ini juga muncul dalam senarai buku terlaris New York Times dalam kategori biografi.