Abad ke-15 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Milenium: | Milenium ke-3 SM • Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM |
| Abad: | Abad ke-16 SM • Abad ke-15 SM • Abad ke-14 SM |
| Dekad: | 1490-an SM • 1480-an SM • 1470-an SM • 1460-an SM • 1450-an SM 1440-an SM • 1430-an SM • 1420-an SM • 1410-an SM • 1400-an SM |
Abad ke-15 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1500 SM hingga 31 Disember 1401 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa [sunting]
- 1504 SM — 1492 SM — Mesir menaklukkan Nubia dan Levant.
- 1500 SM — 1400 SM — Karya Rig Veda digubah pada sekitar masa ini.
- 1500 SM — 1400 SM — Perang Sepuluh Raja berlaku pada sekitar masa ini.
- 1490-an SM — Cranaus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 10 tahun oleh menantu lelakinya, Amphictyon dari Thessaly (anak lelaki kepada Deucalion dan Pyrrha).
- 1487 SM — Amphictyon, anak lelaki kepada Deucalion dan Pyrrha, serta raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 10 tahun dan diwarisi oleh Erichthonius I dari Athens, cucu lelaki Cranaus.
- k.k. 1469 SM — Dalam Perang Megiddo, Mesir menewaskan Canaan.
- 1460-an SM — Tentera Kassite menakluki Babylonia dan mengasasakan sebuah dinasti di sana yang kekal selama 576 tahun dan 9 bulan.
- 1446 SM — Menurut sebilangan kronologi, Moses mengetuai Exodus orang-orang Yahudi dari Mesir.
- 1437 SM — Raja dongeng Erichthonius I dari Athens mangkat selepas pemerintahan selama 50 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Pandion I.
- k.k. 1420 SM — Crete ditaklukkan oleh Mycenae — permulaan zaman Mycenaea.
- 1400 SM — Istana Minos dimusnahkan oleh kebakaran.
- 1400-an SM — Beberapa mainan berpapan, termasuk Alquerque, diukir pada bumbung candi di Kurna, Mesir — sila lihat Sejarah mainan berpapan
- 1400-an SM — Linear A mencapai kemuncak kepopularannya.
- 1400-an SM — Kemuncak bandar Ugarit, sebuah bandar bagi masyarakat Canaan.
- Tentera Mycenea menaklukkan Greece dan sempadan Anatolia.
- Kebudayaan Tumulus berkembang maju.
Tokoh-tokoh [sunting]
- Hatshepsut dari Mesir, Firaun Wanita Dinasti Kelapan Belas (1498 SM - 1483 SM).
- Thutmose III dari Mesir, Firaun Dinasti Kelapan Belas (1479 SM - 1425 SM).
- Amenhotep II, Firaun Mesir (1427 SM - 1401 SM)