Abad ke-16 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Milenium: | Milenium ke-3 SM • Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM |
| Abad: | Abad ke-17 SM • Abad ke-16 SM • Abad ke-15 SM |
| Dekad: | 1590-an SM • 1580-an SM • 1570-an SM • 1560-an SM • 1550-an SM 1540-an SM • 1530-an SM • 1520-an SM • 1510-an SM • 1500-an SM |
Abad ke-16 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1600 SM hingga 31 Disember 1501 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa [sunting]
1700 – 1500 SM: Penaklukan-penaklukan oleh tentera Hurrian.
- 1600 SM* — Dinasti Shang diasaskan di China.
- 1595 SM - Penjarahan Babylon oleh Raja Mursilis I, raja Hittite.
- 1567 SM - Mesir: Keakhiran Dinasti Kelima Belas, Dinasti Keenam Belas, serta Dinasti Ketujuh Belas, dan permulaan Dinasti Kelapan Belas.
- 1550-an SM - Kota Mycenae yang terletak di Peloponnesus timur laut menguasai kawasan-kawasan Achaea yang lain, dan peradabannya dinamakan sempena namanya sebagai peradaban Mycenaea.
- 1556 SM - Cecrops membina atau membina semula Athens selepas banjir besar Deucalion dan keakhiran Zaman Keemasan. Baginda menjadi salah satu daripada beberapa raja Athens yang riwayat hidupnya dianggap sebagai sebahagian mitologi Greek.
- 1550 SM - Keakhiran Dinasti Ketujuh Belas Mesir, dan permulaan Dinasti Kelapan Belas, selepas kemahkotaan Ahmose I (Kronologi Rendah).
- 1530 SM - Keakhiran Dinasti Pertama Babylon, dan permulaan Dinasti Kassite - sila lihat Sejarah Iraq.
- 1525 SM - Keakhiran Dinasti Kelima Belas Mesir.
- 1512 SM (tarikh anggaran): Banjir Deucalion, menurut O'Flaherty, Augustine, Eusebius, dan Isidore (biskop Seville).
- 1506 SM - Cecrops, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 50 tahun. Selepas hidup lebih lama daripada anak lelakinya, baginda diwarisi oleh Cranaus.
- 1504 SM - Mesir memulakan penaklukan Nubia dan Levant.
- 1500-an SM - Unsur raksa telah ditemukan di makam-makam Mesir sejak dekad ini.
- 1500-an SM - Peneroka-peneroka dari Crete, Greece berpindah ke Miletus, Turki.
- 1500-an SM - Kesan-kesan perkembangan peradaban Maya yang terawal di Belize.
- 1500-an SM - Orang-orang Phoenicia mengembangkan abjad - sila lihat Garis masa teknologi komunikasi.
- 1500-an SM - Bukti-bukti terawal (daripada ekskavasi arkeologi) untuk sebuah petempatan di Aylesbury, England. [1]
- 1500 SM - Penghijrahan Indo-Arya sering diberikan tarikh abad ke-17 SM atau abad ke-16 SM. Banyak cendekiawan menentukan tarikh bahagian-bahagian awal karya Rig Veda sebagai kira-kira abad ke-16 SM.
- Kebudayaan Unetice.
Tokoh-tokoh [sunting]
- Raja Cheng Tang dari Shang China, raja pertama Dinasti Shang, memerintah China selama 29 tahun sejak 1600 SM, menurut Projek Kronologi Xia Shang Zhou
- 1597 SM - Aaron dilahirkan kepada Amram dan isterinya, Jochebed (tarikh tradisional)
- Kamose, firaun terakhir Dinasti Ketujuh Belas Mesir (1575 atau 1573 - 1550 SM)
- Ahmose I, firaun dan pengasas Dinasti Kelapan Belas Mesir (1550 - 1525 SM)
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan