Abad ke-1 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-2 SM - Abad ke-1 SM - Abad ke-1 |
| Dekad: | 90-an SM • 80-an SM • 70-an SM • 60-an SM • 50-an SM 40-an SM • 30-an SM 20-an SM • 10-an SM • 0-an SM |
Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.
Peristiwa [sunting]
Cicero Mengutuk Catiline oleh Cesare Maccari. Salah satu daripada banyak pertikaian politik dalam Republik Rom semasa abad ini.
Fail:Cleopatra VII Philopator inscriptions reduced.jpg
Batu bersurat kuno yang menggambarkan Cleopatra VII dan Ptolemy XV Philopator Philometor Caesar, Alexandria, Mesir. Kedua-dua raja ini merupakan firaun terakhir.
- 92 SM - Lucullus menyerang Armenia, dan mencetuskan perang-perang antara Rom dengan Parsi yang berlangsung selama berabad-abad.
- 57 SM - Silla diasaskan di Korea tenggara (tarikh tradisional, menurut Samguk Sagi).
- 53 SM - Tentera Parthia menewaskan tentera Rom di bawah Crassus dalam Pertempuran Carrhae.
- 10 Januari 49 SM - Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon, dan mencetuskan perang dengan Rom.
- 44 SM - Julius Caesar dibunuh.
- 37 SM - Goguryeo diasaskan di Manchuria selatan (tarikh tradisional, menurut Samguk Sagi).
- 31 SM - Perang Saudara Rom: Pertempuran Actium - Berhampiran dengan pantai Greece, angkatan tentera Octavian menewaskan angkatan tentera di bawah Mark Antony dan Cleopatra.
- 18 SM - Baekje diasaskan di Korea barat tengah (tarikh tradisional, menurut Samguk Sagi)
- Republik Rom menjadi Empayar Rom
- Kelahiran Jesus dari Nazareth. Sila lihat: Kronologi kelahiran dan kematian Jesus dan Anno Domini untuk perincian.
Tokoh-tokoh [sunting]
- Burebista, raja Dacia yang teragung
- Catiline yang cuba menggulingkan Republik Rom
- Caesar Augustus, maharaja Rom
- Cicero, ahli politik dan penulis Rom
- Cleopatra VII, raja Mesir
- Herod Agung
- Hillel si Lebih Tua, rabai Yahudi
- Horace, pemuisi Rom
- Jesus of Nazareth, tokoh utama agama Kristian
- Julius Caesar, ahli politik Rom
- Livy, ahli sejarah Rom
- Lucretius, ahli falsafah Rom
- Marcus Antonius, ahli politik Rom
- Marcus Junius Brutus, anak angkat Caesar yang dikatakan membunuhnya
- Marcus Vipsanius Agrippa, negarawan dan jeneral Rom
- Paul of Tarsus, hawari Kristian
- Sextus Pompeius, lanun
- Ptolemy XIII dari Mesir yang mati lemas di Sungai Nile
- Ovid, pemuisi Rom
- Virgil, pemuisi Rom
- Spartacus, gladiator
- Sima Qian, ahli sejarah Cina
- Tigranes Agung, raja Armenia
Perekaan, penemuan, dan pengenalan [sunting]
- Tompok matahari dicatatkan oleh orang Cina.
- Mekanisme Antikythera dicipta.
- Kubah pertama dibina oleh orang Rom.
- Peniupan kaca direka di Syria Rom.