Abad ke-33 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Milenium: | Milenium ke-5 SM • Milenium ke-4 SM • Milenium ke-3 SM |
| Abad: | Abad ke-34 SM • Abad ke-33 SM • Abad ke-32 SM |
| Dekad: | 3290-an SM • 3280-an SM • 3270-an SM • 3260-an SM • 3250-an SM 3240-an SM • 3230-an SM • 3220-an SM • 3210-an SM • 3200-an SM |
Abad ke-33 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3300 SM hingga 31 Disember 3201 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa [sunting]
- Perubahan iklim utama yang mungkin diakibatkan oleh perubahan aktiviti suria. Glasier-glasier mengembang dan melitupi tumbuh-tumbuhan. Suhu-suhu atmosfera jatuh pada tahap yang paling rendah.
- Sahara berubah daripada sebuah kawasan yang boleh didiami kepada sebuah gurun yang gersang.
- Penyatuan negara Mesir Kuno pertama yang menandakan permulaan peradaban Mesir Kuno.
- Mesir Kuno mula menggunakan teg-teg tanah liat, tulang dan gading untuk melabel kotak-kotak. Ini mungkin merupakan tulisan tertua yang masih wujud.
- Peradaban Lembah Indus (juga dikenali sebagai "peradaban Harappa" atau "peradaban Sindu-Sarasvati") bermula di Harappa.
- Dewa agama Hindu "Krishna" yang disembah dalam pelbagai rupa,sebagai budak,kekasih,perwira
abang,raja,guru,anak,suami,dll. juga dikenali sebagai "tuhan sempurna dipercaya lahir di abad ke-33 SM.
Tokoh-tokoh [sunting]
- Jared, anak lelaki Mahalalel (3300 SM - 2338 SM, menurut takwim Ibrani).