Abd Hamid Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan Muda Abd Hamid Ismail
Kelahiran
Abd Hamid Ismail

Kampung Teluk Malik, Jitra, Kedah
Meninggal dunia8 Sep 1973
Sebab kematianPertempuran dengan pemberontak komunis
Warganegara Malaysia
PekerjaanArmy - Leftenan Muda
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa

Leftenan Muda Abd Hamid Ismail adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Teluk Malik, Jitra, Kedah. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 4 Jun 1975 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis.

Pada 8 Sep 1973 kumpulan ronda seramai sembilan orang pimpinan Leftenan Muda Abd Hamid telah berjaya mengesan sekumpulan pemberontak yang sedang berehat. Leftenan Muda Abd Hamid segera menyusun kedudukan dan memulakan pertempuran dengan melepaskan tembakan pertama dan mencederakan seorang pemberontak. Musuh yang tercedera berundur dengan pantas dari kawasan pertempuran. Dalam usaha menyusun anggotanya untuk serangan ke kedudukan musuh, Leftenan Muda Abd Hamid yang dalam keadaan berdiri telah ditembak di bahagian perut oleh seorang pemberontak. Beliau terkorban dalam pertempuran tersebut.

Hasil dari pertempuran tersebut, seorang pemberontak berjaya dibunuh, selaras Tommy gun madson 645 bersama peluru dan lima beg galas berjaya dirampas di tempat kejadian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]