Abdi-Ashirta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdi-Ashirta (kurun ke-14 sebelum masihi) merupakan pemerintah kerajaan Amurru, satu kerajaan baru di selatan yang kini Syria moden. Abdi-Ashirta memerintah Amurru, yang kini dikenali sebagai wilayah Syria. Amurru dan merupakan negeri lindungan Amenhotep III (memerintah.1391–1353 sebelum masihi.) dan bertelingkah dengan Raja Rib-Hadda dari Byblos. Anak dan pengganti Abdi-Ashirta adalah Aziru.

Abdi-Ashirta membentuk perikatan bersama Hittites, bersama Suppiluliumas I menentang empayar Mitannis, negara pakatan Mesir. Abdi-Ashirta dan Amurru contoh unggul masalah politik Mesir yang akan timbul semasa pemerintahan Akhenaten (memerintah 1353–1335 sebelum masihi.) dan semasa Tempoh Ramessid (1307–1070 sebelum masihi).[1]

Rib-Hadda mengadu dengan keras pada Akhenaten—dalam surat Amarna—mengenai cubaan Abdi-Ashirta bagi memperluaskan kerajaannya dengan menceroboh kerajaannya.[2] Kematian Abdi-Ashirta disebut dalam EA 101 oleh Rib-Hadda dalam suratnya pada Akhenaten.[3] Malangnya bagi Rib-Hadda, Abdi-Ashirta digantikan oleh anak lelakinya—Aziru— yang juga berkebolehan dan kemudiannya menawan, menyingkir dan kemungkinannya membunuh Rib-Hadda dalam proses tersebut. Aziru kemudian berpaling tadah pada pihak Hittite yang menyebabkan Mesir kehilangan kawalan pada sempadan utaranya jajahan Amurru yang dikawal oleh Aziru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, Margaret R. Bunson, “Fact On File, Inc.”, ISBN 0-8160-4563-1 (hardcover)
  2. ^ William L. Moran, The Amarna Letters, Johns Hopkins University, 1992. p.xxiii
  3. ^ Moran, p.174