Aziz Sattar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abdul Aziz bin Sattar)

Aziz Sattar

Kelahiran
Abdul Aziz bin Sattar

(1925-08-08)8 Ogos 1925
Meninggal dunia6 Mei 2014(2014-05-06) (umur 88)
Hospital KPJ Kajang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor
Nama lainPak Aziz, Ajis
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis
Tahun aktif1953–2014
Terkenal keranaSiri filem Bujang Lapok
Pasangan
  • Siti Rumiah Ahmad (bercerai)
  • Dayang Sofia (bercerai)
  • Datin Hashimah Delan (k. 2006–2014)
Anak-anak7
IbuSatimah Jalal
BapaSattar Sawal
SaudaraZaini Sattar (adik)

Datuk Abdul Aziz Sattar (8 Ogos 1925 – 6 Mei 2014) merupakan seorang pelakon filem Malaysia di zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura.[1][2][3] Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.[4][5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pakalongan, Kabupaten Gresik, Jawa Timur Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.[6]

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.[6]

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.[6]

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, beliau terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan. Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan Aksi Kuching.[6]

Aziz juga pernah menubuhkan syarikat penerbitan filemnya sendiri yang diberi nama Indra Film Production & Distributors dengan beberapa orang ahli-ahli perniagaan lain.[7] Beliau juga pernah menghidupkan semula trio Bujang Lapok yang terkubur sejak 1961 menerusi filem Bujang Lapok Kembali Daa (1986) yang menampilkan S. Shamsuddin, Nasir P. Ramlee dan dirinya sendiri.[8]

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersama Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Nasir P. Ramlee.[9]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Soffi Jikan, Boy Iman, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumiah Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Anak-anak beliau ialah: Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Pada 16 Disember 2006, Aziz berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.[11]

Adiknya, Zaini Sattar meninggal dunia pada 7 Oktober 2018.[12]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat serangan jantung pada usia 88 tahun.[13][14][15][16] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana pada jam 2:10 petang hari yang sama.[17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Putus Harapan Guru Sekolah Filem pertama
Mangsa
1954 Jasa
Arjuna
Iman Awang
1955 Kipas Hikmat Razid
Roh Membela Amir
1956 Ribut
Hang Tuah Hang Lekiu
Pencuri
Keluarga Tolol Aziz
1957 Putera Bertopeng Pembantu Putera Ali
Pancha Delima Pelakon undangan
Bujang Lapok Aziz
Hantu Jerangkung Ajis
Kaseh Sayang
1958 Kaki Kuda
Hantu Kubor Ajis
Anak Pontianak Ah Chee
Taufan Aziz
1959 Nujum Pak Belalang Badan
Raja Laksamana Bentan Sin Chew
Pendekar Bujang Lapok Aziz
Saudagar Minyak Urat Hamid
1960 Sumpah Wanita Labu
1961 Ali Baba Bujang Lapok Ali Baba
Seniman Bujang Lapok Aziz
1962 Siti Muslihat Pak Awang / Memanda Menteri
Labu dan Labi Dirinya sendiri Penampilan khas
1963 Korban
Nasib Si Labu Labi Tok Kadi Penampilan khas
Pilih Menantu Aziz
1964 Jeritan Batin
Siapa Besar Busu bin Tengkorak Raja
Mambang Moden Ismail
1965 Taqdir Gelam
Pusaka Pontianak Kamarudin
1966 Aksi Kuching Selamat
1968 Ibulah Syurga
1975 Keluarga Si Comat Pak Comot Juga sebagai pengarah dan penulis
1979 Prebet Lapok Aziz Lapok (Ayah Badul / Guru Tentera pada ketika dahulu)
Si Badol Orang Kaya
1981 Penyamun Tarbus Aziz Rabun
Da Di Du Orang Tua
Setinggan
1982 Kami Juga sebagai penerbit eksekutif
1983 Darah Satria Sebagai pengarah dan penulis
1984 Tujuh Biang Keladi
1986 Jiran
Bujang Lapok Kembali Daa Aziz
1988 Perawan Malam Bapa Kalsom
Tak Kisahlah Beb Ayah Bob dan Ana
1990 Adik Pesakit Hospital Bahagia
Orang Kampung Otak Kimia
1991 Juara Sudin
Suci Dalam Debu Ayah Roy
1992 Gelora Cinta Sebagai pengarah dan penulis
Queen Control
Abang 92 Wan Mat
1993 Tarik-Tarik
1994 Simfoni Duniaku Sebagai pengarah dan penulis
1996 Suami, Isteri dan .....? Bapa Pengantin Pelakon undangan
1997 Layar Lara Uncle Osman
1998 Jibon Tok Batin
2002 Embun Pak Mail
Soalnya Siapa? Dato’ Johar Penampilan khas
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Tok Selampit
Father Juga sebagai pengarah bersama
2005 Maaria
Pontianak Harum Sundal Malam II Tok Selampit
2006 Cicak-Man Menteri
2007 Budak Lapok Pak Ajis (suara)
Anak Halal Pak Ali
2009 Setem Pak Ramli
Momok The Movie Pak Ajis
Duhai Si Pari-Pari Pak Ajis
2010 Kecoh Betul Pak Aziz
2012 Untuk Tiga Hari Tok Kadi
2014 Terbaik dari Langit Atuk Berg Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
2016 Radhi Rudy Bin Dadu Cik Amat

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Kelab Malam TV2 Sitkom
2000–2002 Abang Sidi Abang Sidi (suara) TV1
2007 Manjalara Tok Kamal TV3
2008 Ali Din Syekh Mahfuz
Bilik No. 13 Pakcik TV2 Episod: "Karipap"
2010 Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 1) Pak Long Mustar Astro Prima
2012 Kias Ramadan Pak Wahab TV3 Episod: "Terminal Kasih"
Cinta Alif Ba Ta Pak Deris TV AlHijrah Penampilan khas
Upin & Ipin (Musim ke-6) Dirinya sendiri (suara) TV9 Episod: "Kenangan Mengusik Jiwa"
Tanah Kubur (Musim 4) Bomoh Astro Oasis Episod: "Susuk Marhabbah"
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Pak Taib Episod: "Sesat Dalam Cahaya"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Ratu Jamu TV3
2002 Tuan Rumah VCD
Menanti Hujan Tuduh Sebagai pengarah
2003 Momok Pak Ajis
Aisah Lima Puluh Sen Bapa Aisah Astro Ria
Neon Penduduk Kampung II VCD Penampilan khas
2004 Pontianak DOT3: 2ND Jibam
2005 Janji Rock
Sekeras Kerikil Pak Derus
Sutun Astro Ria Penampilan khas
2008 Stok Lama Sebagai pengarah
2011 Mariam Anisa Astro Prima
Arahan Pertama
2012 50:50 TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Temujanji Tetamu Jemputan Astro Awani

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tarikh anugerah/penghormatan[sunting | sunting sumber]

  • 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
  • 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
  • 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
  • 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000.
  • 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin[18]

Profesional/ahli persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari, Persatuan SENIMAN.
  • 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
  • 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.
  • ... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Danial Aziz Ahmad (26 Julai 2021). "Aziz Sattar: Pelakon Komedi Yang Dirindui Rakyat Malaysia". The Patriots. Dicapai pada 9 Disember 2021.
  2. ^ "Aktor berjiwa pejuang". Berita Harian Singapura. 4 Oktober 2009. m/s. 13.
  3. ^ Riadz Radzi (7 Mei 2014). "Perginya Bujang Lapok terakhir". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2021.
  4. ^ "Datuk Abdul Aziz Sattar". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  5. ^ Aqil Syakir (19 Ogos 2021). "Aziz Sattar, seniman ke-2 era filem Melayu klasik yang menerima tawaran Hollywood". Soscili. Dicapai pada 8 November 2021.
  6. ^ a b c d e Roslen Fadzil (9 Oktober 2006). "Aziz Sattar layak dapat pengiktirafan". Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2007. Dicapai pada 21 November 2013.
  7. ^ "Aziz Sattar taukeh filem". Berita Harian Singapura. 17 Disember 1978. m/s. 7. Dicapai pada 8 November 2018.
  8. ^ A. Kadir Pandi (5 Ogos 1984). "Aziz Sattar berura2 hasilkan filem 'Bujang Lapuk Moden'". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  9. ^ Anuar Othman (1 Ogos 1991). "Panca Sitara cari bakal pengganti". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 8 November 2018.
  10. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  11. ^ "Aziz Sattar nikah 16 Disember". Berita Harian. 16 Disember 2006. m/s. 5.
  12. ^ Mary Victoria Dass (7 Oktober 2018). "Adik Allahyarham Aziz Sattar meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2018.
  13. ^ Niezam Abdullah (6 Mei 2014). "Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-06. Dicapai pada 2014-05-06.
  14. ^ "Aziz Sattar meninggal dunia". Berita Harian. 6 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2014. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  15. ^ "Malay film legend Aziz Sattar dies". The Sun, Malaysia. 6 Mei 2014. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  16. ^ Niezam Abdullah (6 Mei 2014). "Screen legend Aziz Sattar passes away at 89". The Star Online. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  17. ^ Mohd Al Qayum Azizi (6 Mei 2014). "Jenazah Aziz Sattar Selamat Dikebumikan". mStar Online. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  18. ^ Datuk Aziz Sattar Diarkibkan 2011-12-14 di Wayback Machine Sinemamalaysia.com.my: 2013: Anugerah artis lelaki sepanjang hayat (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)
  19. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2019. Dicapai pada 14 Julai 2021.
  20. ^ "My thoughts in words: Datuk Aziz Sattar". Lidah Benar. 3 Jun 2007. Dicapai pada 21 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]