Abdul Ajib Ahmad
| Datuk Ajib Ahmad |
|
|
|
|
|---|---|
| Tempoh berjawat 1982 – 1986 |
|
| Didahului oleh | Othman Saad |
| Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin |
|
|
|
| Tarikh lahir | 13 September 1947 |
| Tempat lahir | Segamat, Johor, Malayan Union |
| Meninggal | 3 Februari 2011 (umur 63) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – Barisan Nasional |
| Pasangan | Ropeah Hassan |
| Pekerjaan | Ahli ekonomi |
Datuk Abdul Ajib bin Ahmad (13 September 1947- 3 Februari 2011 di Segamat) merupakan Menteri Besar Johor bagi tempoh 29 April 1982 - 12 Ogos 1986 . Beliau menggantikan Tan Sri Othman Saat yang mengundurkan diri setelah menerima tekanan dari Sultan Johor.Selepas beliau, Menteri Besar Johor ialah Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin.
Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri dalam kabinet Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1986.
Pendidikan [sunting]
Ajib Ahmad belajar di Sekolah Tinggi dan Kolej Hampar di Kuala Kangsar. Dia merupakan lulusan ekonomi (BA Hons) dari Universiti Malaya pada 1971. Selepas aktif politik, beliau menjadi penasihat kepada Musa Hitam yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau menang bertanding di kerusi parlimen Mersing dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Dia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. [1]
Dalam perebutan UMNO 1987, beliau menyebelahi pemberontakan yang yang dipimpin oleh Datuk Rais Yatim dan Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian menubuhkan Parti Semangat 46. Oleh itu beliau digugurkan dari kabinet pada 1987.[2]
Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 6 Februari 2011 pada usia 64 tahun akibat sakit jantung. Isterinya Datin Ropeah Hassan (60) dan mereka mempunyai 4 anak.Jenazah disembahyangkan di Masjid Damansara Heiht, Damansara, Kuala Lumpur.Kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Rujukan [sunting]
- ↑ 'Malaysia's 1986 general election: the urban-rural dichotomy' oleh Sankaran Ramanathan dan Mohd. Hamdan Adnan
- ↑ Former Johor MB Ajib Ahmad dies