Abdul Azim Mohd Zabidi
YBhg. Dato' Abdul Azim b. Dato' Mohd Zabidi (Lahir 11 Julai 1959), merupakan Pengerusi Bank Simpanan Nasional dan Bendahari UMNO
Isi kandungan |
Kehidupan Awal [sunting]
Dilahirkan di Batu Gajah, Perak, beliau juga pemegang Fellow Chartered Institute Of Secretaries United Kingdom (UK) berkelulusan Masters in Business Law London Guildhall University dan anak Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institute of World Savings Banks.
Kerjaya [sunting]
Azim mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dibidang kewangan dan perbankan. Sebelum memegang jawatan Pengerusi BSN beliau antara lain pernah memegang jawatan Pengurus Besar Kumpulan Commerce Aset (1995), Pengurus Besar Commerce Property Trust Managers Berhad dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN II). Beliau mula menyertai Bank of Commerce Berhad pada 1984.
Politik [sunting]
Dato' Abdul Azim merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, pernah digantung keahlian kerana melanggar etika pertandingan pernah dipilih menjadi Exco Pemuda UMNO dari 1996 hingga 2000. Beliau juga dipilih menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 2000 hingga 2002.
Dalam pilihanraya umum 2008, Dato' Abdul Azim tewas kepada Roslan Shaharum (PAS) dengan majoriti 1,566 undi bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak. Dato' Abdul Azim mendapat 18,449 undi manakala Roslan menerima 20,015 undi. Calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.
