Abdul Aziz Al Sa'ud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
عبدالعزيز آل سعود
'Abd al-'Azīz Āl Sa'ūd
Ibn Saud
Keluarga Diraja Saudi
`Abd al-`Azi-z bin Abdul Rahman bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin Saud bin Abdul Aziz bin Muhammad as-Sa`ud
Anak

dan banyak lagi.

Raja Arab Saudi
Saudi-logo.jpg

Abdul Aziz Al Sa'ud (c. 1880 - 9 November 1953) (Arab: عبدالعزيز آل سعود Abd al-'Azīz Āl Sa'ūd ) ialah Raja Arab Saudi yang pertama. Dia juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya ialah Ibn Saud. Beliau dilahirkan di Riyadh dan berasal daripada Keluarga Diraja Saudi yang memerintah sebahagian daripada Semenanjung Arab.

Kehilangan kuasa[sunting | sunting sumber]

Ibn Saudi dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak kepada Abdul Rahman bin Faisal dan Sara binti Ahmad al-Kabir Sudayri. Pada tahun 1890, semasa berusia sepuluh tahun, Ibn Saud mengikut ahli keluarganya diusir keluar ke Kuwait selepas penguasaan tanah keluarganya oleh golongan Rashidi. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Kuwait dalam keadaan tidak berduit dan berharta.

Pada tahun 1901 semasa berusia 22 tahun, Ibn Saud menggantikan ayahandanya, Abdul Rahman bin Faisal sebagai ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd. Beliau kemudiannya memulakan kempen untuk menakluk semula tanah keluarganya daripada golongan Rashidi di mana sekarang merupakan Arab Saudi. Pada tahun 1902, beliau bersama-sama dengan sekumpulan hamba dan saudaranya berjaya menakluk Riyadh dengan hanya bersama-sama 22 orang dengan membunuh gabenor Rashidi di situ.

Dalam masa dua tahun selepas berjaya menawan Riyadh, Ibn Saud berjaya menguasai separuh daripada Nejd. Bagaimanapun pada tahun 1904, golongan Rashidi meminta bantuan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah untuk mengalahkan golongan Saud (Keluarga Diraja Saudi). Empayar Uthmaniyyah menghantar tentera ke Tanah Arab dan ini menyebabkan kekalahan golongan Saud pada 15 Jun 1904. Tetapi setelah tentera Uthmaniyyah berundur kerana masalah tertentu, golongan Saud berjaya mengumpul kembali kekuatannya.

Pada tahun 1912, Ibn Saud berjaya menguasai Nejd dengan bantuan golongan Wahabbi. Semasa Perang Dunia I, Ibn Saud memihak kepada British memandangkan golongan Rashidi merupakan sekutu Empayar Uthmaniyyah yang merupakan musuh British. Pada tahun 1922 golongan Saud berjaya menewaskan golongan Rashidi dan ini menamatkan penguasaan golongan Rashidi di Tanah Arab.

Pada tahun 1925, golongan Saud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Shariff Hussein ibn Ali. Pada 10 Januari 1926, Ibn Saud ditabalkan menjadi Raja Hijaz di Masjidil Haram, Makkah.

Pada tahun 1932, setelah menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab daripada musuh-musuhnya, Ibn Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Nejd sebagai Arab Saudi. Beliau kemudiannya menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan pihak British

Minyak dan Pemerintahan Ibnu Saud[sunting | sunting sumber]

Petroleum di Arab Saudi ditemui pada tahun 1938, Ibn Saud kemudiannya memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat Barat untuk mencarigali minyak di sana. Segala keuntungan hasil penjualan minyak diberikan kepada keluarga Saud. Keuntungan hasil jualan minyak semakin bertambah menyebabkan Ibnu Saud mula membelanjakan wang itu untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya.

Beliau menggesa puak-puak nomad supaya tinggal secara tetap di sesuatu tempat. Beliau juga memulakan usaha untuk membanteras jenayah terutamanya jenayah di Makkah dan Madinah.

Perang Asing[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia II, Arab Saudi ialah sebuah negara yang neutral dan berkecuali tetapi lebih memihak kepada tentera bersekutu (Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya).

Pada tahun 1948 semasa Perang Arab-Israel 1948 tercetus, Ibnu Saud menyertai peperangan itu tetapi sumbangan Arab Saudi hanya sedikit.

Ibn Saud meninggal dunia di Taif.

Keluarga dan Pengganti[sunting | sunting sumber]

Bilangan anak Ibn Saud tidak diketahui tetapi dianggarkan berjumlah 50 hingga 200 orang. Mereka terdiri daripada: (nama yang menjadi Raja dihitamkan)

  1. Dengan Wadhba binti Muhammad al-Hazzam
    1. Saud (12 Januari, 1902 - 23 Februari, 1969); memerintah 1953-1964
    2. Turki (1917-1919)
  2. Dengan Tarfah binti Abdullah al-Shaykh Abdul-Wahab
    1. Khalid (lahir 1903, meninggal dunia semasa masih bayi)
    2. Faisal (April 1904 - 25 Mac, 1975); memerintah 1964-1975
  3. Dengan Jauhara binti Musa'd Al Saud
    1. Muhammad (1910-1988)
    2. Khalid (1913 - 13 Jun, 1982); memerintah 1975-1982
    3. Jauhara
    4. Anud (lahir 1917)
  4. Dengan Bazza
    1. Nasser (lahir 1919)
    2. Bandar (lahir 1923)
    3. Fawwaz (lahir 1934)
  5. Dengan Jauhara binti Sa'ad al-Sudairy
    1. Saad (1920 - 1990-an)
    2. Musaid (lahir 1923)
    3. Abdalmohsen (1925-1985)
  6. Dengan Hussah binti Ahmad al-Sudairy
    1. Fahd (1923 - 1 Ogos, 2005); memerintah 1982-2005
    2. Sultan (lahir 5 Januari, 1928); putera mahkota terkini
    3. Abdul-Rahman (lahir 1931)
    4. Turki (lahir 1932)
    5. Nayef (lahir 1934)
    6. Salman (lahir 1936)
    7. Ahmed (lahir 1940)
    8. Sa'ad (lahir 1914, mati 1919)
  7. Dengan Shahida
    1. Mansur (1922 - 2 Mei, 1951)
    2. Mishal (lahir 1926)
    3. Qumasha (lahir 1927)
    4. Muteb (lahir 1931)
  8. Dengan Fahda binti Asi al-Shuraim
    1. Abdullah (lahir Ogos 1924); raja terkini, sejak 2005
    2. Nuf
    3. Sita
  9. Dengan Haya binti Sa'ad al-Sudairy (1913 - 18 April, 2003)
    1. Nura (mati 1930)
    2. Badr (lahir 1933)
    3. Hassa
    4. Abdalillah (lahir 1935)
    5. Abdalmajid (lahir 1940)
    6. Mashael
  10. Dengan Munaiyir
    1. Talal (lahir 1931)
    2. Badr (1931-1932)
    3. Mishari (1932 - 23 Mei, 2000)
    4. Nawwaf (lahir 1933)
  11. Dengan Mudhi
    1. Majed (19 Oktober, 1938 - 12 April, 2003)
    2. Sattam (lahir 21 Januari, 1941)
  12. Dengan Nouf binti al-Shalan
    1. Thamir (1937 - 27 Jun, 1959)
    2. Mamduh (lahir 1940)
    3. Mashhur (lahir 1942)
  13. Dengan Saida al-Yamaniyah
    1. Hidhlul (lahir 1941)
  14. Dengan Baraka al-Yamaniyah
    1. Muqren (lahir 15 September, 1945)
  15. Dengan Futayma
    1. Hamud (lahir 1947)
  16. Dengan ?? (tidak diketahui)
    1. Fahd (1905-1919)
    2. Sara (c. 1916 - Jun 2000)
    3. Shaikha (lahir 1922)
    4. Talal (1930-1931)
    5. Abdalsalam (1941)
    6. Jiluwi (1942-1944)