Abdul Aziz bin Haji Jaafar
Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-15 pada 1 April 2008. Beliau yang dilahirkan di Sungai Udang, Melaka pada 7 Mei 1956, menyertai TLDM pada bulan Disember 1974 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1977.
Beliau mempunyai rekod kerjaya yang unik kerana terpilih menjadi anak kapal pentauliahan sebanyak empat kali iaitu ketika pentauliahan kapal KD Paus (1976), KD Sri Indera Sakti (1980), KD Kasturi (1984) dan KD Laksamana Muhammad Amin (1999). Beliau juga telah dilantik menjadi pegawai memerintah sebanyak tiga kali iaitu KD Baung, KD Musytari dan akhir sekali korvet KD Muhammad Amin. Ketika di KD Muhammad Amin beliau juga bertindak sebagai Senior Officer Afloat atau Pegawai Kanan Armada.
Tugas Flag beliau yang pertama sebagai Laksamana (pertama) ialah menjadi Panglima Wilayah Laut II yang ketika itu berpengkalan di Labuan pada Julai 2002. Tiga Tahun kemudian beliau dilantik menjadi Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut. Enam bulan kemudian iaitu pada Januari 2006 beliau kembali ke tugasan armada sebagai Panglima Armada. Pada bulan Julai beliau kembali pula ke Markas Tentera Laut sebagai Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 15 November 2006.
Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Sri Sarah Tun Abdul Ghafar, anakanda kepada Almarhum Tun Ghafar Baba Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
| Penyandang Terdahulu | Panglima Tentera Laut 1 April 2008 – kini |
Penyandang Kemudian |
| Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali | Penyandang |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||