Abdul Aziz Mohd Noh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk

Abdul Aziz Mohd Noh
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Permatang
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Abu Hassan Omar
Digantikan oleh Sulaiman Abdul Razak
Majoriti533 (PRU-11)
Butiran peribadi
Lahir1946
Meninggal dunia3 Ogos 2010
km 445, Lebuhraya PLUS,Sg. Buluh
KerakyatanMalaysia
Parti politik BN-UMNO
PasanganSiti Fatimah Mohd Noor
Anak-anak3
KediamanSeksyen 9 , Shah Alam
Pekerjaanbekas ADUN

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh (1946 - 3 Ogos 2010) merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang di Kuala Selangor untuk penggal 2004 hingga 2008.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Siti Fatimah Mohd Noor (62). Anaknya Norazilah (40), pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Sementara Norazian (37) pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel). Anak lelakinya Mohd Anis Hisham (33) exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Mereka menetap di Seksyen 9 , Shah Alam dan pejabat di Jalan 16/11, Petaling Jaya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omarpada 1997. Abdul Aziz boleh berbahasa Mandarin dan memiliki lesen pistol.

Pada pilihanraya umum 2004, Datuk Aziz menjadi calon BN dan berjaya menewaskanSamry Masri dari PKR dengan majoriti 4,285 undi. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, kerusi Permatang diserahkan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili UMNO.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Ogos 2010, Datuk Abdul Aziz (64) dan pembantu peribadi (PA) Siti Rohana Ihsamat (43) ditembak mati ketika sedang memandu kereta Toyota Caldina. Mulanya polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buloh. Kereta itu didapati terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Kereta itu dalam keadaan sedikit kemek dan tiada kesan tembakan.[1]Terdapat dua kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 dekat Sungai Buloh. Jaraknya beberapa kilometer selepas Restoran Jejantas Sungai Buloh

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam laman Facebooknya memaklumkan bahawa siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. Tembakan dilepaskan dari dalam kereta .Sepucuk pistol revolver .38 ditemui dalam kereta dan masih mempunyai beberapa butir peluru. Abdul Aziz adalah pemilih sah (berlesen) pistol tersebut.

Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang dan ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Namun setakat ini, tidak ada orang ketiga terlibat. Jenazah Siti Rohana dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 , Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Beliau dalam perjalanan ke majlis Hari Guru di Tanjung Karang. Dia bercerai dengan bekas suaminya Abdul Aziz Hamim (43) dan mempunyai 4 orang anak.[2] Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.[3]Pada 10 Ogos 2010, polis mengesahkan bahawa kes ini disahkan sebagai sebagai kes bunuh dan bunuh diri.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Bekas ADUN dan pembantu peribadi maut dengan kesan tembakan", Utusan Online. 3 Ogos 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-06. Dicapai pada 2010-08-03.
  2. ^ ""Bekas ADUN S'gor ditembak mati", Malaysiakini.com. 3 Ogos 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-13. Dicapai pada 2010-08-03.
  3. ^ Kematian bekas ADUN Selangor dengan kesan tembakan masih misteri[pautan mati kekal]
  4. ^ "Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri", Malaysiakini.com. 10 Ogos 2010.