Abdul Aziz bin Haji Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar
Kelahiran
Abdul Aziz bin Haji Jaafar

(1956-05-07) 7 Mei 1956 (umur 67)
Warganegara Malaysia
Terkenal keranaPanglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-15

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz bin Haji Jaafar dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-15 pada 1 April 2008. Beliau yang dilahirkan di Sungai Udang, Melaka pada 7 Mei 1956, menyertai TLDM pada bulan Disember 1974 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1977.

Beliau mempunyai rekod kerjaya yang unik kerana terpilih menjadi anak kapal pentauliahan sebanyak empat kali iaitu ketika pentauliahan kapal KD Paus (1976), KD Sri Indera Sakti (1982), KD Kasturi (1984) dan [KD Laksamana Muhammad Amin (1999). Beliau juga telah dilantik menjadi pegawai memerintah sebanyak tiga kali iaitu KD Baung, KD Musytari dan akhir sekali korvet KD Muhammad Amin. Ketika di KD Muhammad Amin beliau juga bertindak sebagai Senior Officer Afloat atau Pegawai Kanan Armada.

Jawatan beliau yang pertama sebagai Laksamana Pertama adalah menjadi Panglima Wilayah Laut II yang ketika itu berpangkalan di Labuan pada Julai 2002. Tiga Tahun kemudian beliau dilantik menjadi Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut. Enam bulan kemudian iaitu pada Januari 2006 beliau diperjawatkan sebagai Panglima Armada. Pada bulan Julai beliau kembali pula ke Markas Tentera Laut sebagai Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 15 November 2006.

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Datin Sri Sarah binti Tun Abdul Ghafar, anakanda kepada Almarhum Tun Ghafar Baba mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
1 April 2008 – 2016
Penyandang Kemudian
Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali Laksamana Tan Sri Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin