Abdul Basit Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sheikh Abdul Basit 'Abd us-Samad (1 Januari 1927-1988) (Bahasa Arab: عبد الباسط عبد الصمد‎), merupakan Qari terkenal yang menjadi ikutan ramai. Dia merupakan satu-satunya Qari yang memenangi tiga pertandingan Qari sedunia pada awal 1970-an. 'Abd us-Samad merupakan salah seorang Hafiz pertama yang menjual rakaman bacaannya, dan presiden pertama bagi Persatuan Qari di Mesir. Dia terkenal bagi bacaannya Surah Al-Fatihah, surah pertama Al-Qur'an, dan surah utama dalam solat lima waktu harian.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abdul Basit dilahirkan di kampung yang dikenali sebagai Armant di bahagian selatan Mesir pada 1927. Dia menghafal Al-Qur'an sebelum berusia 10 tahun dan mempelajari kesemua tujuh cara bacaannya. Dia dijemput bagi mengaji semasa sembahyang Tarawih di masjid tempatan dalam bulan Ramadan ketika dia berusia hanya 14 tahun. Abdul Basit banyak dipengaruhi oleh Qari terkenal, Sheikh Muhammad Rifat dan selalu berjalan berbatu-batu bagi mendengar bacaannya di radio.

Pada 1950, dia pergi ke Kaherah di mana orang ramai tertarik dengan bacaannya di kebanyakan masjid. Pada satu kejadian, dia telah membaca ayat dari surah Al-Ahzab (The Confederates), di diminta membaca melebihi tempoh diberikan 10 minute oleh pendengarnya, dan terus membaca lebih dari sejam setengah; menarik perhatian pendengarnya dengan kemahiran pitch, tone dan tajwid bacaan Al-Qurannya.

Pengembaraan[sunting | sunting sumber]

'Abd us-Samad banyak mengembara keluar Mesir; pada 1961, dia mengaji di Masjid Badshahi, di Lahore, Pakistan. Pada tahun 1987, semasa melawat Amerika Syarikat. 'Abd us-Samad menceritakan satu kisah dari satu perjalanan yang dilakukannya ke Soviet Union, ketika bersama dengan Presiden Mesir ketika itu Gamal Abdel Nasser.

'Abd us-Samad diminta mengaji bagi beberapa pemimpin parti Soviet. Dia memilih Surah Taahaa, yang merupakan surah penting dalam sejarah Islam; ia merupakan surah dalam Al-Quran yang menyebabkan `Umar ibn al-Khattāb menjadi Muslim setelah mendengarkannya. 'Abd us-Samad mengisahkan bahawa empat atau lima pendengarnya dari Parti Komunis mengalirkan air mata, sungguhpun mereka tidak memahami apa yang dibacakan, tetapi terdorong menangis kerana bacaannya. Abdul Basit menyebut kejadian ini sebagai keanjaipan yang dialaminya semasa pengembaraannya, membanyangi kisah lain dalam sejarah Islam pengislaman Mekah dari bacaan. [1]

'Abd us-Samad meninggal pada tahun 1988, dan meninggalkan tiga orang anak (dari sulong kepada bongsu): Yasir, Hisham, dan Tariq. Yasir turut menjadi qari mengikuti jejak ayahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ahmed, Zulfiqar, The Treasure of This World and The Hereafter, tasawwuf.org, Accessed March 11, 2009.