Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten
Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten berasal dari Banten iaitu sebuah daerah di Jawa Barat. Beliau lama menuntut di Mekah dan telah sampai di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1915. Beliau kemudiannya tinggal menetap di Lenga yang terletak kira-kira 48 km dari Bandar Maharani.
Semasa tinggal disana, beliau mengajar agama dimasjid-masjid dan surau. Selepas mengajar beliau berwirid begitulah caranya beliau mengembangkan Wirid Khaujakan iaitu satu daripada amalan Tariqat Naqshabandiayah disamping Tariqat Tijaniyah.
Beliau kemudiannya berpindah ke Muar selepas kematian isterinya. Di Muar beliau tinggal di Batu 2 1/2 Jalan Bakri, disana beliau meneruskan aktivitinya mengajar agama disamping mengembangkan Wirid Khaujakan di masjid-masjid dna surau-surau disekitar Muar termasuk di Masjid Jamik Muar (sekarang dikenali dengan Masjid Jamik Sultan Ibrahim).
Kira-kira pada tahun 1942, semasa Tanah Melayu dalam pemerintahan Jepun, Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, sangat bimbang terhadap keselamatannya, keluarganya dan rakyat jelata seluruhnya. Beliau telah menitahkan pegawai daerah Muar ketika itu, Datuk Osman Buang, untuk mencari seorang ulama yang boleh membantunya dalam mengatasi masalah itu. Datuk Osman telah mencadangkan Haji Fadhil Banten yang sanggup berdoa seperti yang dihajatkan oleh Baginda Sultan.
Haji Fadhil Banten kemudiannya telah dibawa ke Johor Bahru dan Sultan Ibrahim telah menawarkan kepada beliau supaya tinggal disebuah rumah berhampiran dengan istana, tetapi beliau telah memilih untuk tinggal di Masjid Pasir Pelangi, kerana suasana di masjid lebih memudahkan dan lebih baik baginya untuk beribadah.
[sunting] Rujukan
- Buku Panduan Wirid Khaujakan disusun oleh Ahli Jawatankuasa Khaujakan bersama Ahli Majlis Fatwa Johor