Abdul Fattah Mahmood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abdul Fatah Mahmood)
YB Dato' Haji

Abdul Fattah Mahmood

DJMK, JMK (Kelantan)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2018–2023
Yang DipertuaAbdullah Ya'kub
Didahului olehAbdul Latiff Abdul Rahman
Digantikan olehMohamed Farid Mohamed Zawawi
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Bukit Panau
Dalam jawatan
2004–0
Didahului olehMat Yusoff Mat Sah
Digantikan oleh0
Butiran peribadi
LahirAbdul Fattah bin Mahmood
(1963-09-16) 16 September 1963 (umur 60)
Kampung Domis, Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Wan Sakinah Wan Ismail
Anak-anak5 orang (2 sons, 3 )
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Fattah Mahmood adalah ahli politik Malaysia berbangsa Meleyu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit PanauKelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tanah Merah[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Fattah dilahirkan di Kampung Domis, Bukit Panau. Beliau adalah anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah, Kampung Paloh, Bukit Panau. Bapanya Tuan Guru Mahmood Mat Sah. Bapanya menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.

Abdul Fattah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian sambung belajar di Kolej Islam Kelang sebelum mengikuti program matrikulasi di Sekolah Alam Shah. Seterusnya belajar jurusan optometri di UKM - ijazah sarjana muda dengan kepujian pada 1990.

Semasa di UKM , Abdul Fattah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail (1985-1986).

Isterinya, Fahimah Mahmood adalah seorang guru siswazah dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bekerja di klinik optometry di Kajang (1986-1996). Selepas itu membuka klinik sendiri di Kota Bharu.

NGO[sunting | sunting sumber]

Abdul Fatah menjadi Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.

Politik PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau terbabit dengan politik sejak dalam kampus UKM lagi. Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah pada 2003 dan kini Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Selepas memenangi pilihan raya 2004 di DUN Bukit Panau, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Kelantan Kelantan
    • 50x50px[pautan mati kekal] Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2011)

Rujukan[sunting | sunting sumber]