Abdul Ghafar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Ghafar Ibrahim (Agbi Al-Godjonja, Agbi Al-Ghaff, Agi) (lahir 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor). Beliau kini menetap di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam, Selangor.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ayahnya,Ibrahim Khatib Husin rajin berulang alik antara Semenyih, Singapura, dan Sumatera.Ayahnya pernah menjadi polis, peniaga kedai runcit dan penjual kain .Nama pena ayahnya “Arab Street” pernah menulis pojok dalam akhbar Warta Malaya di Singapura(1930-an). Antara temannya ialah Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Ayah A. Ghafar meninggal dunia pada tahun 1948.

Neneknya rajin bercerita tentang cerita lipur lara dan hikayat lama terutama cerita Sabai Nan Aluih. Puisi Rantak Kudo dimainkan dalam majlis perkahwinan, amat mempengaruhi jiwa beliau semasa kanak-kanak. Qasidah dan berzanji semasa majlis memotong jambul atau mencukur rambut mulai menumbuhkan daya kreativiti A. Ghafar.

Di kampungnya terdapat pasukan tari piring berasal dari Minangkabau. Kumpulan silat dan tari piring sering dipersembahkan semasa majlis perkahwinan sekitar Beranang,Hulu Langat dan Kuala Lumpur.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dia bersekolah di Sekolah Melayu Beranang, Selangor (1950-1952) dan Sekolah Rendah Inggeris, Semenyih(1953-1957). Kemudian Kishan Dial School, Kuala Lumpur(1960).Belajar lagi di High School, Setapak, Kuala Lumpur (1962).Beliau menjadi guru sementara di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Kelang (1963-1964).Seterusnya mengajar di Sekolah Menengah Kulim, Kedah (1965) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah (1966-1968).1969 belajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun.

1971 dia mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, Selangor.Kemudian sambung belajar di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.Mei 1974, bertugas sebagai pembantu penyelidik sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka dan kemudian diundang menjadi penulis tamu di School of Letters, International Writing Program, University of lowa, Amerika Syarikat (Oktober 1974 -Mac 1975).

1975, belajar Seni Halus di College of Visual dan Performing Arts di Amerika Syarikat atas tajaan MARA - ijazah Sarjana Muda Seni dari Northern Illinois University. Ijazah Sarjana Sastera pula diperoleh dari Eastern Illinois University, Charleston, Amerika Syarikat (1977).

Sekembali ke Malaysia, dia bertugas sebagai pensyarah sambilan seni grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, Shah Alam (Oktober 1978-Disember 1979). Pada masa yang sama mengajar di Yayasan Anda, Kuala Lumpur.Mulai Januari 1980, menjadi pensyarah pendidik seni di MPIK dan Universiti Kebangsaan Malaysia (November 1982-1998). Kini beliau menjadi pensyarah di Fakulti Filem, Teater dan Animasi selaku pensyarah dalam bidang penulisan.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi sidang pengarang majalah GATRA (sebuah persatuan penulis) di Kedah(1967-1970),sidang pengarang majalah tahunan MPIK (1969) , Asian Editor, majalah New Poetry, iaitu Magazine of the Poetry Socoety of Australia (1974).

Sejak 1958 karyanya tersiar di Utusan Kanak-kanak milik Utusan Melayu - berbentuk berita, makalah dan hikayat. Sajak pertamanya bertajuk “Ensiklopedia Kehidupan Manusia” di Mingguan Malaysia tersiar pada 8 Ogos 1965 kelolaan Nora. Mei 1974 menubuhkan kumpulan “Anak AlamLatiff Mohidin, Mustaffa Ibrahim, Zulkifli Dahalan dan Ali Rahamad.

Sebagai pelukis, beliau pernah mengadakan pameran lukisan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Australia, Belgium dan Amerika Syarikat.

Sajaknya mempelopori puisi 3V: verbal-vokal-visual (1965).Verbal ialah isi sajak. Vokal bunyinya. Visual ialah teknik sajak.Deklamaasi puisi disampaikan di Universiti Malaya, Adelaide Arts Festival, Adelaide; Council of Adult Education, poetry workshop, Melbourne; University of Melbourne, Guild Theatre, Union House, Melbourne; Australia Sydney Church of England Grammar School for Girls, Sydney; Department of Indonesia & Malay, University of Sydney; Australia International House, University of Sydney; Bar-Smith-Lawn, of Adelaide; Methodist Ladies College, Adelaide; East-West Center, Hawaii; International House, California Los Angeles; Cedar Rapids Community College, lowa, Amerika Syarikat; Universiti of Iowa, Iowa City, Iowa. Pada Ogos 1986 berpuisi di Struga Poetry Evenings di Yugoslavia dan di Library and Cultural Centre, Prilep, Macedonia.

Sajaknya “In Bandong” tersiar dalam akhbar The Australian di Sydney pada 3 Mac 1973.

Beliau menjadi ahli PENA seumur hidup dan AJK Persatuan Penulis dan Seni Kreatif Daerah Hulu Langat. Pada tahun 1985,bersama menubuhkan Gabungan Penulis-penulis Selangor (Generasi)


Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Gegaran (antologi bersama), Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1968, 33 hlm.;
  2. Perintis Sajak-sajak Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1971, 103 hlm.;
  3. Some Poems from Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1973, 30 hlm.;
  4. Program for Writers’ Workshop, Australia: Southeast Asian Studying Program, Murdoch University, Perth, 1975;
  5. Tan Sri Bulan (My Lord Kite), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 60 hlm. (terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling);
  6. Tak Tun, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, 1978, 85 hlm. (terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling), The Elek Book of Oriental Verse (disusun oleh Keith Bosley), London: Paul Elek Ltd., 1979, 315 hlm.;
  7. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.;
  8. Tinta PENA (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.; Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.;
  9. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.;
  10. Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.;
  11. Yang Yang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka, 1986,64 hlm.;
  12. Kumpulan Puisi Malaysia (Malaysian Poetry) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm.;
  13. Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.;
  14. Malaysia dalam Puisi (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 316 hlm.;
  15. Puisi-puisi Kunjungan (Antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 253 hlm.;
  16. Rupa Kata (anatologi bersama), Ipoh: Yayasan Kesenian Perak, 1996, 122 hlm.
  17. Di atas Pentas (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 209 hlm.;
  18. Bakat Pahlawan (antologi bersama – remaja), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985. 107 hlm.
  19. Dialog dengan Seniman, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1982, 165 hlm.
  20. Bakat Pahlawan (antologi bersama – remaja), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985. 107 hlm. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]