Abdul Ghani Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abdul Ghani Bin Othman)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat
Dato' Hj.Abdul Ghani Othman
Abdul Ghani Othman

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1995
Didahului oleh Muhyiddin Yassin

Tarikh lahir 14 November 1946
Tempat lahir Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor
Kerakyatan Warganegara Malaysia
Parti politik Bendera Malaysia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Agama Islam

Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman (lahir 14 November 1946) ialah Menteri Besar Johor. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia (1993 - 1995).

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe, Melbourne Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984).

[sunting] Politik

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara (Disember 1984-Julai 1986) .Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mac 1978, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

[sunting] Keluarga

Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata.

[sunting] Anugerah

Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.

Pada 9 April 1989 , Abdul Ghani menerima anugerah tertinggi Johor iaitu "Darjah Kerabat Johor" daripada Sultan Iskandar.

[sunting] Kontroversi

[sunting] Kegagalan menguruskan Johor dengan baik

Mengikut laporan audit 2007, Johor merupakan negeri yang paling banyak berhutang iaitu RM841.13. Ghani telah menerangkan bahawa Syarikat Air Johor merupakan penghutang terbanyak sedangkan beliau telah lupa iaitu pada Pada 20 Apr 1999, satu perjanjian pengswastaan dibuat diantara Kerajaan negeri Johor, Lambang Optima Sdn. Bhd (LOSB). Syarikat Air Johor (SAJ) yang membentuk Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) sebagai syarikat yang memegang Konsesi selama 30 tahun. Pada 30 Aug 2000, SAJ Holdings telah disenaraikan di Bursa Malaysia melalui syarikat pegangan (Holding company) Ranhill Utilities Berhad. Pengambilalihan hutang ini juga merupakan sebab mengapa kerajaan perlu mengswastakan syarikat. Sepertimana pengambilalihan Aia Asia daripada DRB-HICOM pada 2001, Tune Air telah membayar RM1 dan mengambilalih segala hutang DRB sebelum ini. [perlu rujukan]

[sunting] Lihat juga


Penyandang Terdahulu Menteri Belia dan Sukan
19931995
Penyandang Kemudian
Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
1995– kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Masih Menjawat


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain