Abdul Kadir Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Abdul Kadir Yusuf (1915-1992) adalah seorang ahli politik UMNO, Malaysia yang terkenal.

Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada tahun 1915. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional, Menteri Undang-undang, Peguam Negara (1963 - 1977) dan Ketua Hakim Negara.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya ialah Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim, seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Persekutuan.

Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Manakala anak bongsunya Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).Profesor Emeritus Dato 'Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Kuala Lumpur, dan kini Dekan Perubatan di Monash University Malaysia. Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.

Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah .

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat barah peparu pada tahun 1992 di Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.