Abdul Malek Hussin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abd Malek Husin merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA) 1960. Beliau merupakan bekas setiausaha eksekutif Parti Islam seMalaysia /PAS. Kini beliau adalah Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia / Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel). .[1]

Isteri beliau ialah Faridah Ishak (43) dan anak mereka bernama Sajdah Zahra (16) dan Nurul Zahra(11) dan dua yang lain.

Selepas menyertai satu demonstrasi di Masjid Negara pada hari Jumaat, 25 September 1998, beliau telah ditahan oleh polis PDRM esoknya . Beliau ditahan selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA.

Saman[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 1999, melalui peguam Sivarasa Rasiah , Abd Malek Hussin telah menfailkan saman menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud) dari Cawangan Khas PDRM sebagai defendan pertama, Tan Sri Rahim Noor defendan ke-2 dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-3.

Abd. Malek diwakili peguam Sivarasa Rasiah dan M. Moganambal manakala semua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Iznan Ishak.

Semasa dalam tahanan , beliau mendakwa telah ditumbuk dan disepak hingga tidak sedarkan diri . Selain itu dipaksa minum air kencing serta deraan seksual di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Gantirugi RM2.5 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Oktober 2007, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi am RM2.5 juta kepada Abd Malek Hussin . Ini kerana penahanan secara salah, ganti rugi am bagi kecederaan dan perubatan sebanyak RM500,000 serta RM1 juta bagi ganti rugi teladan.

Laporan penghakiman setebal 41 muka surat ditulis dan disediakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus . Alasan hakim ialah :

  • Ketika ditahan pada 25 September 1998 , Abd Malek dinafikan hak untuk mendapatkan peguamnya.
  • Defendan pertama (Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud) tidak mengemukakan bukti tentang aktiviti plaintif yang dijadikan alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 73(1) ISA 1960.
  • Tiada alasan penahanan seperti dikehendaki dalam Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.
  • Dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung di dalam perhimpunan-perhimpunan haram (tanpa permit) yang diakhiri dengan huru-hara merupakan dakwaan tanpa bukti material.
  • Cara soal siasat lebih kepada tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara Malaysia.
  • Penahanan Abd Malek Hussin sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat).
  • Penyiasatan yang dijalankan oleh SAC Hadi Ho berhubung laporan polis oleh plaintif tidak ada apa-apa melainkan mere sham. (penipuan semata-mata)
  • Plaintif memberi keterangan secara konsisten di kandang saksi tanpa tekanan mana-mana pihak.
  • Laporan polis dan dokumen lampiran jelas memihak memihak kepada plaintif.
  • Laporan perubatan yang disediakan oleh Dr. P. Vasantha menunjukkan plaintif mengalami lebam dan bengkak di tangan, betis, peha dan kaki.
  • Kehadiran bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor di IPKKL dari jam 12.00 pm hingga 3.00 am untuk mesyuarat khas polis tanpa kehadiran Ketua Polis KL amat tidak logik.

Turut hadir[sunting | sunting sumber]

Turut hadir dalam perbicaraan ialah :

Saksi ke-3[sunting | sunting sumber]

Lans Korporal Abdul Hamid Jaafar ialah pegawai cawangan khas (SB)yang kini bertugas di IPK Melaka mula berkhidmat sebagai pegawai SB sejak 1976 selepas menghabiskan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) menjawab soalbalas oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Kamarudin Mohd Said, Isnan Ishak dan Morhaji Selamat. Abdul Hamid Jaafar ditugaskan mengekori Malek Hussin dalam perjalanan pulang dari rumah Dato Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara dengan kereta Honda Accord / Civic.[2]

Kesan perbicaraan[sunting | sunting sumber]

  • Ramai pihak menuntut ISA disemak dan dimansuhkan kerana banyak kewajarannya , termasuk kes Abd Malek Hussin ini
  • Desakan memansuhkan ISA telah lama disuarakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan pelbagai NGO serta masyarakat antarabangsa dan setempat . ISA digunakan oleh penjajah British di Persekutuan Tanah Melayu bagi mengekang kegiatan komunis. ISA di Singapura masih diteruskan dan dicontohi oleh Akta Patriot , Amerika Syarikat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
  2. http://www.malaysia-today.net/blog/2005/03/keterangan-sb-bercanggah-dengan.htm