Abdul Malek Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abdul Malek bin Yusof)
Yang Amat Berbahagia Tun

Abdul Malek Yusuf

SMN, Dato' Maha Kurnia (NS)
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Dalam jawatan
31 Ogos 1959 – 30 Ogos 1971
Didahului olehLeong Yew Koh
Digantikan olehAbdul Aziz Abdul Majid
Menteri Besar Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1 Februari 1948 – September 1953
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehShamsudin bin Nain
Butiran peribadi
Lahir1899
Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan
Meninggal dunia6 Julai 1977(1977-07-06) (umur 77–78)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PasanganKhatijah Ahmad (m. 1951)
Fatimah Ismail (k. 1964)
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tuan Yang Terutama
PemerintahanYang di-Pertua Negeri Melaka ke-2
Pertabalan31 Ogos 1959
PendahuluLeong Yew Koh
PenggantiAbdul Aziz Abdul Majid

Tun Dato' Maha Kurnia Abdul Malek bin Yusuf (1899 – 6 Julai 1977) ialah seorang ahli politik di Tanah Melayu kelahiran Negeri Sembilan. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama dilantik, sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Abdul Malek juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kedua yang mengangkat sumpah jawatan pada 31 Ogos 1959 dan berkhidmat selama tiga penggal.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Malek merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan dibesarkan dalam kehidupan kampung. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tun Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Toh Puan Khatijah bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1951. Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abdul Malek telah berkhidmat dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu sejak 1917. Beliau pernah berkhidmat di semua daerah di Negeri Sembilan kecuali Port Dickson. Pada 1930, beliau telah dimasukkan dalam Perkhidmatan Awam Malaya dan secara rasmi sebagai seorang penjawat awam. Sehingga sebelum beliau dilantik sebai Menteri Besar, beliau menjadi salah seorang Ketua Penolong Setiausaha dalam Sekretariat Malayan Union.[2] Nama beliau telah dicadangkan oleh Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan pertama.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Bagi mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan terhadap negara, Abdul Malek telah dianugerahkan dengan beberapa darjah kebesaran. Di antaranya ialah Dato' Maha Kurnia Negeri Sembilan pada tahun 1954 dan Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong II pada 4 Januari 1961.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yang Di-Pertua Negeri Melaka Kedua". Pejabat TYT Negeri Melaka. Dicapai pada 17 November 2021.
  2. ^ "Negri Selects Mentri Besar, State Secy". Malaya Tribune. 28 November 1947. Dicapai pada 17 November 2021 – melalui Newspapers SG.
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
19481953
Penyandang Kemudian
- tiada - Dato' Shamsudin bin Nain