Abdul Malik Mydin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dato Abdul Malik Mydin (lahir 1975) adalah perenang solo jarak jauh yang dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau terkenal sebagai orang pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 42 minit.

Atletik[sunting | sunting sumber]

Abdul Malik adalah seorang perenang dan menduduki tempat kelima dalam perlumbaan 26 km merentasi Tasik Zurich di Switzerland pada bulan Ogos 2002, antara 22 perenang antarabangsa. Malik juga berenang solo di peringkat tempatan, termasuk berenang di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai (7.8 km ke 12 km) .Berenang solo dari Pulau Besar- Mersing (18 km ), dan dari Kuala Perlis ke Kuah (48 km, dalam 14 jam)

Berenang di Selat Inggeris[sunting | sunting sumber]

Abdul Malik mengumumkan hasratnya untuk berenang merentasi Selat Inggeris pada bulan Mei 2003, menetapkan sasaran 18 jam untuk berenang 32,8 km dari England ke Perancis pada bulan Julai atau Ogos, dan menerima bimbingan dan nasihat daripada John van Wisse, jurulatih Australia . Berenang itu pada mulanya ditangguhkan kepada akhir bulan Julai kerana cuaca, dan akhirnya diadakan pada 3 Ogos.

Sepatutnya beliau bermula dari Shakespeare Beach, tetapi menasihati oleh navigasi Mike Oram supaya bermula dari Abbots Beach di Dover , England pada jam 2:02 , 3 Ogos 2003. Malik sampai di Cap Gri Nez di Calais , Perancis pada jam 8:42 , 4 Ogos 2003.Beliau selesai berenang dalam tempoh 17 jam dan 42 minit, hanya 18 minit kurang sasaran Malik 18 jam. Beliau menamatkan renangan lebih awal jika tiada halangan angin pada lima jam terakhir.

Kepulangan beliau disambut sebagai seorang wira negara apabila beliau pulang ke Malaysia pada 9 Ogos 2003. Antara yang menyambut kepulangan beliau ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan timbalanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mereka melaungkan “Hidup Malik” dan “Malaysia Boleh”.

Rekod itu dipecahkan pada 13 Julai 2004 oleh Lennard Lee (20 tahun) yang berenang dalam tempoh 9 jam dan 45 minit.

Kerjaya terkini[sunting | sunting sumber]

Beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi Airport Limo Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan limosin lapangan terbang di KLIA.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]