Abdul Muis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdul Muis.

Abdul Muis (3 Julai 1883 - 17 Jun 1959; juga dieja sebagai Abdoel Muis) ialah seorang penulis dan wartawan Indonesia.

Dilahirkan di Sungai Puar dekat Bukittinggi, Sumatra Barat, Abdul Muis juga merupakan seorang nasionalis yang pernah menjadi ahli Volksraad (Dewan Rakyat) yang dibentukkan pada tahun 1916. NBeliau pernah mengecam tulisan orang-orang Belanda yang amat menghina bangsa Indonesia melalui tulisannya dalam surat khabar de Express. Abdul Muis juga menentang perayaan peringatan seratus tahun kemerdekaannya Pemerintah Belanda melalui Kesatuan Islam. Selain itu, beliau pernah memimpin pemogokan kaum buruh di daerah Yogyakarta. Abdul Muis turut mempengaruhi tokoh-tokoh Belanda dalam pendirian Technische Hooge School - Institut Teknologi Bandung (ITB).

Abdul Muis meninggal dunia di Bandung dan dikebumikan di TMP Cikutra, Bandung. Pada hari ini, Abdul Muis diperlihatkan sebagai pejuang kebebasan yang utama dalam sejarah Indonesia. Hampir setiap bandar di Indonesia mempunyai sebatang jalan raya yang dinamakan Jalan Abdul Muis.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Salah Asuhan (novel, 1928, difilmkan Asrul Sani, 1972)
  • Pertemuan Jodoh (novel, 1933)
  • Surapati (novel, 1950)
  • Robert Anak Surapati(novel, 1953)

Terjemahannya[sunting | sunting sumber]

  • Don Kisot (karya Cerpantes, 1923)
  • Tom Sawyer Anak Amerika (karya Mark Twain, 1928)
  • Sebatang Kara (karya Hector Melot, 1932)
  • Tanah Airku (karya C. Swaan Koopman, 1950)

Pranala luar[sunting | sunting sumber]