Abdul Rahman Abbas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama
 Abdul Rahman Abbas
Abdul Rahman Abbas

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1 Mei 2001
Didahului oleh Hamdan bin Sheikh Tahir

Tempoh berjawat
21 Oktober 1990 – 4 April 1995
Didahului oleh Ooi Ean Kwong
Digantikan oleh Yahaya Abdul Hamid

Tarikh lahir 15 Mei 1938 (76 tahun)
Tempat lahir Permatang Pauh, Penang
Parti politik UMNO
Pasangan Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
Tempat tinggal Seri Mutiara
Alma mater Universiti Malaya
Profesion Guru
Agama Islam

Tun Dato' Seri Utama Dr. Hj. Abdul Rahman Abbas (lahir 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang) adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Beliau juga menjadi Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kerjaya dan politik[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman bekerja sebagai guru selama 20 tahun. Mulai 1978 bertanding beliau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang dan menang selama empat penggal.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974-1988. Beliau merupakan anggota Pemuda Umno dari 1976-1978 dan menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Beliau mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001. Seterusnya dilantik semula pada 1 Mei 2005.

Pada 15 April 2009, Abdul Rahman menerima watikah pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2009, Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah angkat sumpah penggal ke-3 di Seri Mutiara dan disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

Kenamaan yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan lain-lain.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan ayah kepada empat orang anak.

Sakit paru-paru[sunting | sunting sumber]

Perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 19 april 2010 ditangguhkan kerana Tun Abdul Rahman Abbas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana penyakit berkaitan paru-paru.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]