Abdul Rahman Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar (lahir 30 Mei 1952 di Kampung Gelugur Kedai, Kuala Terengganu) merupakan ahli politik dari pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam Kabinet Malaysia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Datin Robiah Hitam dan mereka mempunyai enam orang anak iaitu Eliana Siswana, Eliani Siswani, Ika Akalili, Buani Atiqi, Ayuni Madarina, Fatin Sabila, [1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi guru selepas belajar.(1984-1986). Beliau kini telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang. Belia juga telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.


Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)(1987-1990). Kemudian Timbalan Pengerusi Mara (1990-1995).

Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Myanmar-Malaysia Chamber of Commerce dan Presiden Penggiat Kebudayaan Jawa Malaysia.

Dan kini beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Penggiat Kebudayaan Malaysia-Indonesia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau berhenti dari jawatan guru dan bertanding di Parlimen Marang,Terengganu pada 1986. Kemenangan beliau menyebabkan beliau diangkat sebagai 'giant killer' kerana berjaya membenam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua kali iaitu 1986 dan 2004. Kejayaan beliau sebagai giant killer telah mencetuskan kebimbangan ramai ahli politik Terengganu. Oleh itu nama beliau sentiasa timbul dan tenggelam. Beliau tidak bertanding pada 1999 dan 2008. Pada 1986 Hadi Awang kalah di Marang tetapi memang di DUN Rhu Rendang.


Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008,nama beliau tidak tersenarai sebagai calon. Menteri Besar Terengganu ketika itu ialah Datuk Idris Jusoh, tokoh yang berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dari PAS - pimpinan Abdul Hadi Awang.Pada hal ketika itu , Abdul Rahman Bakar ,memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia. Setiausaha Politik MB Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir terpilih sebagai calon BN/UMNO di Parlimen Marang.[2]

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman Bakar ternyata menonjol sehingga dilantik sebagai Pengerusi Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan Umno Terengganu (2011),Ketua UMNO Bahagian Marang (2004-2008), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang (1986), Ketua Pemuda UMNO Terengganu (1987), Naib Ketua UMNO Bahagian Marang (1990), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang (1993), Pengerusi Biro Latihan Dan Perkaderan UMNO Terengganu (2000-2004), Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2004-2007) dan AJK Biro Pendidikan UMNO Malaysia, AJK Biro Latihan dan Keahlian UMNO Malaysia.

Sumbangan dan pengalaman[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Penasihat PEKIDA Negeri Terengganu,Naib Pengerusi PEMADAM Malaysia,- Ahli Lembaga Belia Daerah Marang dan Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]