Abdul Rahman Hashim
Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (17 Julai 1925 - 7 Jun 1974) adalah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir Komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1925 di Yan,Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Seterusnya belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan lulus Senior Cambridge pada Disember 1940.
[sunting] Kerjaya
Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi Pegawai Polis Negeri Kedah berpangkat Inspektor kecil (17 Oktober 1941) ; Ketua Polis Daerah Kuala Nerang ; Ketua Polis Daerah Baling (1948) ; Pegawai Penyiasat Jenayah (1949) ; Penolong Penguasa Polis ( Januari 1952) ; Penolong Ketua Polis Daerah Kulai, Johor ; Pegawai Penjaga Lingkungan Polis di Batu Gajah ; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960) ; Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963) ; Pengarah Cawangan Khas (1971) ; Timbalan Ketua Polis Negara (1972) dan Ketua Polis Negara yang ke-3 (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974).
Beliau dihantar untuk menghadiri Kursus Siasatan Jenayah selama 3 bulan di MillMeece Stafford, United Kingdom (April 1953) dan Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Rynton-on-Dunsmore atau Bramshill Police College di United Kingdom (1957).
[sunting] Ditembak mati
Semasa menjadi Ketua Polis Negara (1973-1974) beliau ditembak oleh anasir subversif di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. Beliau lama berkhidmat di cawangan Khas iaitu selama 19 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Polis Negara selama 32 tahun dengan memegang pelbagai jawatan. Tahun 1974-1975 adalah tahun kedua pemberontakan komunis di Malaysia selepas 1958-1960.Tugu Negara turut diletupkan. Perang Vietnam antara Amerika Syarikat dan Vietnam dimenangi oleh gerila Vietnam. [1]Pembunuhan itu atas arahan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya.[2] Bagaimanapun Karpal Singh meminta penjelasan lanjut misteri pembunuhan itu.[3]
[sunting] Pingat dan anugerah
Beliau menerima anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) (1961) ; Pingat Peringatan Kedah (1965) ; Johan Mangku Negara (J.M.N) (1961) ; Bintang Republik Indonesia yang dianugerahkan oleh Presiden Indonesia Suharto (1970) ; Crown Second Class oleh Raja Thailand (1970) ; Bintang Bhayangkara Utama oleh Republik Indonesia (1973), Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) dan Setia Mahkota Kedah (S.M.K.).[4]
[sunting] Rujukan dan pautan Luar
| Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Malaysia 1 Februari 1973 – 7 Jun 1974 |
Penyandang Kemudian |
| Tun Mohamed Salleh Ismael |
Tun Haniff Omar |
