Abdul Rahman Mohd Yassin
Datok Abdul Rahman Mohd Yassin merupakan anak watan negeri Johor iaitu berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor.Beliau adalah Speaker Dewan Negara yang pertama.Anaknya Tun Dr Ismail Abdul Rahman pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa Perdana Menteri ,Tun Abdul Razak Hussein.
Kerjaya [sunting]
Beliau pernah menjadi kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri Johor.Selain itu menjadi Speaker Dewan Negara yang pertama. Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II. Sebagai ketua Orang Tujuh , menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Keturunan Bugis [sunting]
Parit Bakar dahulunya dikenali sebagai "Padang Muar" sebelum Bandar Maharani dibuka pada 1884. Padang pernah diperintah oleh Mohd Yassin anak kepada Orangkaya Abdul Rahman, Orangkaya Setia Minyak Beku III. Keluarga Abdul Rahman berasal dari keturunan Raja Melayu Bugis Campa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan Melayu Melaka. Ekonomi keluarga bergantung kepada perkebunan dan perdagangan dan sangat mengutamakan pelajaran.
Datuk nenek moyang Abdul Rahman di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar daerah atas pelantikan Sultan Johor. Datok Abdul Rahman di Batu Pahat juga bernama Abdul Rahman bin Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat (1862-1881). Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku II (1855-1862) .Ahmad bin Daing Abdul Rahman pula menjadi Orangkaya Setia Minyak Beku I (1811-1855). Daing Ahmad keturunan Daing Indera Perma Paso dari Sulawesi. Daing Abdul Rahman mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan orang-orang Selat atau Seletar di Minyak Beku setelah melumpuhkan kegiatan lanun di perairan Batu Pahat. Mulanya patuh kepada Sultan Melaka kemudian kepada Sultan Johor Pahang dan terakhir kepada Temenggong Johor yang menjadi Sultan Johor pada tahun 1885.
Keturunan Datok Abdul Rahman berkait rapat dengan Tan Sri Mohamad Noah, Tun Dr. Awang Hassan dan Orangkaya-Orangkaya Muar. Pusat pemerintahan mereka Bukit Makmur atau Bukit Mor, Muar hasil persetujuan Sultan Melaka. Keluarga keturunan Bugis ini turun-temurun memerintah kawasan bernama Padang dan sekitarnya.[1]