Abdul Rahman Andak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abdul Rahman bin Andak)

Abdul Rahman Andak

DK II (Johor), SPMJ, DPMJ (Johor); CMG (UK)
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
1893 – April 1909
Dilantik olehSultan Abu Bakar
RajaSultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah (1886–1895)
Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur (1895–1959)
Digantikan olehDato' Mohamed Mahbob
Butiran peribadi
Lahir(1859-06-13)13 Jun 1859
Teluk Belanga, Singapura, Negeri-Negeri Selat
Meninggal dunia10 September 1930(1930-09-10) (umur 71)
London, United Kingdom
Tempat persemadianBrookwood Cemetery, Surrey, England
PasanganChe' Lembek (m. 1885)
Auguste Reis (–1930)
Anak-anak
  • Rahmah Abdul Rahman
  • Henry Abdul Rahman
  • Mansor Abdul Rahman
  • Walter Abdul Rahman
IbuDatin Hawa binti Abdullah
BapaDato' Wan Andak bin Daeng Meng
Dikenali keranaPenasihat Diraja Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim

Dato' Abdul Rahman bin Dato' Wan Andak (13 Jun 1859 – 10 September 1930) yang bergelar Dato' Sri Amar DiRaja ialah seorang pembesar terkenal di negeri Johor. Beliau merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di bawah pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir kepada Dato Wan Andak Bin Daeng Meng berketurunan Bugis Champa/Kembayat dan isteri pertamanya Dato Wan Andak bernama Hawa Binti Abdullah , adik kepada Ana Binti Abdullah (ibu Dato Jaafar Bin Mohamad).Ana dan Hawa merupakan sepupu kepada Dato Bentara Luar Mohd Salleh Bin Panglima Perang Raja Perang dan Rejab Bin Panglima Perang Dapat. Beliau salah seorang daripada lapan adik beradik termasuk 4 orang adik kandung - Salamah, Safiah, Mohamed dan Halimah serta 3 adik tiri lain ibu (Ahmad, Abu Bakar dan Kelsom).

Beliau telah mendapat pendidikan di England. Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bidang pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England dalam tahun 1870-an. Beliau memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.

Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Bidang perbahasaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan Abdul Rahman bersama Muhammad Ibrahim Munsyi dengan tujuan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan Johor,[1] ia tidak sahaja selaku badan pengkaji dan pembelajaran agar pengetahuan baharu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.

Dalam badan ini telah berlakunya perkenalan konsep-konsep daripada pengetahuan ini melalui penciptaann istilah atau perkataan yang tersedia dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu termasuk "setiausaha", "pejabat", "kerja raya" dan sebagainya.[2] Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja.

Pemecatan[sunting | sunting sumber]

Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu Sultan Ibrahim telah dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam tahun 1909. Ini menyebabkan Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan pesetujuan Sultan Ibrahim.

Anderson mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 paun sterling setahun. Beliau kemudian dihantar ke London; keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Beliau menetap di London dan dengan Auguste Reis (nama Islamnya: Auguste Abdul Rahman); beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki hasil perkahwinan iaitu Henry, Mansour and Walter. Beliau menghabiskan sisa hidupnya di kota tersebut.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia di London pada 10 September 1930 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Woking, Surrey.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Rahman Andak on the Brookwood Cemetery website
  2. ^ Amat Juhari Moain (2009). Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di Negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836297914.
  3. ^ Burial of Abdul Rahman Andak in Brookwood Cemetery - Find a Grave