Abdul Rivai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdoel Rivai (lahir di Palembayan, Sumatera Barat, Indonesia, 13 Ogos 1871 – meninggal di Bandung, Jawa Barat, 16 Oktober 1937 pada umur 66 tahun) adalah doktor dan wartawan Indonesia. Ia merupakan orang Indonesia pertama yang menerbitkan surat khabar berbahasa Melayu dari Eropah. Rivai dianugerahi gelar sebagai Perintis Akhbar Indonesia pada tahun 1974 oleh Pemerintah Indonesia.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Abdoel Rivai lahir dari pasangan Abdul Karim dan Siti Kemala Ria. Ayahnya bekerja sebagai guru di sekolah Melayu. Rivai mempunyai watak yang keras, ulet, serta otak yang cemerlang. Pada tahun 1886, di saat masih berusia 15 tahun dia diterima bersekolah di STOVIA. Tamat dari STOVIA pada tahun 1894, ia ditugaskan menjadi doktor di Medan. Penghujung tahun 1899, Rivai melanjutkan pendidikan ke Belanda sambil membantu berbagai-bagai surat khabar di Indonesia. Rivai merupakan orang Hindia pertama yang bersekolah perubatan di Belanda.

Pada awal abad ke-20 Rivai terlibat perdebatan dengan AA Fokker, pegawai Belanda yang mendakwa lebih fasih berbahasa Melayu berbanding orang Melayu sendiri. Dalam perdebatan ini Fokker berang kerana ada orang inlander yang berani menantangnya. Akibat kegemilangannya dalam berdebat, Rivai dibenarkan sekolah di Utrecht.

Wartawan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900 Rivai memulakan surat khabar Pewarta Wolanda. Walaupun terbit dari Amsterdam, Pewarta Wolanda hadir dalam bahasa Melayu. Selain mengurusi Pewarta Wolanda, Rivai sering menghantar tulisannya ke pelbagai media massa yang terbit di Belanda maupun Hindia. Berkat ketajaman tulisannya, Rivai lebih dikenali sebagai seorang wartawan berbanding doktor. Bersama Henri Constant Claude Clockener Brousson, Rivai menerbitkan Bendera Wolanda pada 15 April 1901. Juga bersama Brousson, ia mendirikan usaha penerbitan Bintang Hindia pada Julai 1902. Bintang Hindia dengan warna nasionalismenya beranjak redup saat Rivai mengundurkan diri pada tahun 1907, hingga akhirnya pada tahun 1910 media yang pernah menggebrak dunia akhbar Belanda dan Hindia itu berakhir. Ia juga membantu di Bintang Hinen West dan Alegemeen Handelsblad di Amsterdam. Sewaktu mengadakan lawatan ke negara-negara di Eropah dan Amerika pada kurun 1919-1921, ia menghantar karangannya ke berbagai surat khabar di Indonesia.

Aktiviti Politik[sunting | sunting sumber]

Setibanya dari Belanda pada tahun 1911, Rivai turut menyokong pembentukan Indische Partij (IP) di Sumatra. Tahun 1913 IP dibubarkan kerana dianggap membahayakan kerajaan kolonial. Mantan aktivisnya kemudian mendirikan Insulinde. Pada tahun 1918, ia diangkat sebagai anggota Volksraad (Dewan Rakyat) mewakili Insulinde.[1] Ia kemudian menetap di Jakarta, sebagai pembantu utama surat khabar Bintang Timur. Sementara itu surat khabar Pewarta Deli, Medan menyebutnya sebagai "Bapa dalam golongan Jurnalistik".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Setiono, Benny. G (2002). Cina dalam Pusaran Politik. Kuala Lumpur: TRANSMEDIA. m/s. 355. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pranala luar[sunting | sunting sumber]