Abdul Samad Mian
| Samad Lefthanded | |
|---|---|
![]() Album Gitar Jamming Samad merupakan buah tangan terakhir dari Samad Lefthanded untuk pemintanya. |
|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Abdul Samad Mian |
| Juga dikenali sebagai | Samad Lefthanded |
| Berasal dari | Johor |
| Genre | Rock |
| Pekerjaan | Pemuzik, Penggubah, Penerbit album |
| Instrumen | Gitar |
| Tahun aktif | 1986-2008 |
| Kegiatan berkait | Kumpulan Lefthanded |
Abdul Samad Mian (1963-2008) juga dikenali sebagai Samad Lefthanded merupakan di antara seorang pemain gitar yang terbaik di Malaysia. Hasil karya beliau yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia ialah album berbentuk video pembelajaran gitar di rumah iaitu album "Gitar Jamming" (Part-1 dan part-2). Kehilangan beliau di dalam industri muzik di Malaysia ini mengejutkan ramai pihak kerana beliau dilaporkan tidak menghidap sebarang penyakit yang merbahaya.[1]
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Beliau berasal dari Johor Bharu dan dilahirkan pada 26 September 1963. Beliau mula bergiat aktif di dalam bidang muzik ini ketika beliau berusia 20 tahun lagi. Mendirikan rumah tangga bersama Norliza Sumairi serta dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata, Alif Ashraf Syafiq, Ahmad Ayunda Syaqim, Alis Suhayana dan Ahmad Syafiq.
Kerjaya [sunting]
Selain menjadi pemuzik untuk Kumpulan Lefthanded beliau juga pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada tahun 2004 lalu. Beliau juga merupakan penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Pada tahun 90-an juga, Samad pernah dibawa oleh pengarah majalah ROTTW Malaysia, Mohd Rom Mohd Nor ke satu festival muzik di Jerman dan diberi peluang membuat persembahan solo di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam bidang rakaman dan sistem bunyi di sana.
Album [sunting]
- Keadilan (1986)
- Seruan (1987)
- Qabul (1988)
- Evolusi (1989)
- Fanatisme & Ramli Sarip (1990)
- Nafas (1996)
- Album Solo
- Gitar Jamming-1 (2007)
- Gitar Jamming-2 (2008)
- Kenangan Bersamamu (1994)
Lain-lain [sunting]
Di sebalik kegemilangannya sebagai pemuzik rock, Abdul Samad bin Mian juga adalah penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Beliau merupakan Ahli Seumor Hidup Persatuan Layang-Layang Negeri Johor (Pelayang Johor) dan sangat disegani di kalangan pelayang-pelayang di Malaysia. Kejayaan beliau memuncak apabila beliau dinobatkan sebagai Johan Wau Bulan Naik Peringkat Kebangsaan dan Tempat Ketiga Grand Prix Ke-3 di Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu dari 18-26 Ogos 2008.
Filem [sunting]
- Rozana Cinta 87
Anugerah [sunting]
- Album Solo Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM). (1995)
