Abdullah Abdul Kadir Munshi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hikayat Abdullah bertulisan jawi

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dianggap sebagai bapa sastera moden. Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles. Pada masa yang sama beliau telah menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian (Christian missionary) di Singapura dan Melaka.

Di dalam riwayat beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke tanah Melayu. Beliau adalah pengkarya pertama yang telah lari dari corak penulisan tradisional.

Banyak diantara karya beliau yang cuba diketengahkan mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.[1]

Perpektif[sunting | sunting sumber]

Nahu bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Karyanya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Exhibitions.nlb.gov.sg (n.d.). AKSARA-The Passage of Malay Scripts. [online] Dipetik dari: http://exhibitions.nlb.gov.sg/aksara/4/gallery-4-p1.html [Dicapai pada: 15 Jun 2013].
  2. Menelisik Karya Munshi Abdullah