Abdullah Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri
 Abdullah Ahmad
Abdullah Ahmad

Abdullah Ahmad Kok Lanas


Timbalan Menteri di Jabatan Persana Menteri
Tempoh berjawat
1970 – ??

Parti politik UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Fauzah Mohamad Darus
Pekerjaan Ahli akademik, politik, penulis
Agama Islam

Tan Sri Abdullah Ahmad atau Dollah Kok Lanas merupakan ahli politik UMNO / Barisan Nasional dari Kok Lanas, Kelantan, Malaysia. Beliau dipanggil Abdullah Kok Lanas untuk membezakan beliau dengan Abdullah Ahmad Badawi. Ramai penulis beranggapan beliau sangat berpengaruh pada zaman Tun Abdul Razak dan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isi kandungan


[sunting] Keluarga

Beliau lahir pada tahun 1933. Isterinya Puan Sri Fauzah Mohamad Darus.

[sunting] Pendidikan

Berkelulusan Kolej Melayu Kuala Kangsar dan mendapat pendidikan di Universiti Cambridge dan Universiti Harvard. Beliau pernah menjadi pengerusi Syarikat Permodalan Kebangsaan (SPK) pada 1987, sebuah syarikat Bumiputera yang mulanya amat berjaya. Syarikat ini menjalankan perniagaan pengangkutan melalui SJ Kumpulan Sdn Bhd dan Nakufreight Sdn Bhd.

[sunting] Politik

Sekembali dari belajar di Amerika Syarikat ketika berusia 25 tahun, beliau dilantik menjadi ketua Bahagian UMNO Kok Lanas, Kelantan. Kemudian menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Persana Menteri pada tahun 1970.Beliau merupakan bekas setiusaha politik Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak sejak Oktober 1973. Abdullah bekerja dengan Tun Razak selama 14 tahun dari 1962 hingga 1976.

[sunting] Tahanan ISA

Abdullah Ahmad pernah merengkok di penjara selama lima tahun di bawah ISA (Julai 1976- 22 Julai 1981) di zaman pentadbiran Tun Hussein Onn kerana dipercayai terbabit dengan anasir subversif - komunis. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau ditahan di bawah ISA bersama Kassim Ahmad (7 tahun), Syed Husin Ali (7 tahun) dan Abdullah Majid (4 tahun) dan Tan Sri Abdul Samad Ismail . Ketika itu terdapat 900 tahanan ISA yang terbabit dengan komunis. Beberapa pemimpin UMNO cuba menyelamatkan beliau dari ditahan di bawah ISA seperti Dr Mahathir Mohamad , Ghafar Baba,Musa Hitam,Abdul Rahman Ya'kub dan Syed Nasir Syed Ismail .[1] Pada Februari 1977 sepatutnya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid mengadakan sesi pengakuan di televisyen berhubung pembabitan mereka dengan komunis.[2]

Ramai yang dibebaskan ketika Dr Mahathir Mohamad mula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada Julai 1981. [3] Selepas dibebaskan dari tahanan politik, beliau menulis artikel dan buku termasuk yang 'menghentam balas' terhadap Ghazali Shafie.

[sunting] Wakil rakyat

Dalam pilihan raya umum 1986, Dr Mahathir meminta beliau bertanding di kerusi parlimen Kok Lanas, Kelantan.

[sunting] Ketuanan Melayu

Beliau terkenal dengan isu Ketuanan Melayu yang disampaikan pada 30 Ogos 1986 di Institute of International Affairs, Singapura . Semua orang Melayu terutama UMNO menerima konsep Ketuanan Melayu sementara bukan Melayu menidakkannya . Gerakan dan Lee Lam Thye dari DAP meminta kerajaan mengenakan tindakan terhadap Abdullah.'Malay Dominance' disalah terjemah sebagai 'Ketuanan Melayu'.

Dalam rombakan kabinet pada 23 Oktober 1987, Abdullah Ahmad dilantik sebagai __ . Tahun 1987-1988 UMNO bergolak dan diharamkan.

[sunting] Duta khas ke PBB

Apabila beliau kalah dalam pilihan raya umum, Dr Mahathir Mohamad melantik Abdullah Ahmad menjadi duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama 2 tahun. Di New York beliau menulis dua buah buku berkaitan dengan mentornya Tun Abdul Razak.

Jawatan terakhirnya adalah sebagai Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times (2002-2003). Pada November 2003 beliau dipecat dari jawatan itu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mengkritik pemerintahan feudal di Arab Saudi. Tempat beliau diganti oleh Datuk Ahmad Abd Talib dan Kalimullah Masheerul Hassan . Beliau dipecat ketika Abdullah Ahmad berada di Hong Kong. [4] [5]

[sunting] Isu wang PPRT

Dato' Abdullah Ahmad pernah mendedahkan penyelewengan Wang PPRT Kelantan sejumlah RM47 juta yang melibatkan Dato Annuar Musa. Rencana tentang isu ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 11 November 2001 bertajuk 'Skandal PPRT Kelantan'. Masihkah fitnah?. Annuar Musa pula mendedahkan kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di tanah milik Dato' Abdullah Ahmad; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)[6] Annuar Musa pernah menjadi ADUN Kok Lanas . Kemudian parlimen Kok Lanas ditukar nama kepada Ketereh.

[sunting] Setia menyokong Dr Mahathir

Ketika Abdullah menerajui Institut Kajian Politik dan Ekonomi (Ikape) dan menganjurkan ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakaman DVD kecaman Tun Dr Mahathir terhadap Abdullah Ahmad Badawi tersebar luas. Oleh kerana namanya sama dengan PM Abdullah Ahmad Badawi, maka beliau lebih gemar memanggil PM sebagai Badawi sahaja. Beliau berkhidmat dengan Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM selama 21 hari sahaja. Sejak itu beliau banyak mengatur program menjemput Tun Dr Mahathir di pentas tertentu untuk memberi ceramah seperti pada 10 November 2005.

Pada 26 Julai 2006 beliau dan Ibrahim Ali menganjurkan syarahan Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu, Kelantan. Dr Mahathir dijemput oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ibrahim Ali. Dikatakan Dato’ Nik Sapeia Nik Yusoff telah menyembur spray pemedih mata ke muka Tun Dr Mahathir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. [7] Perebutan menjadi penganjur antara Ibrahim Ali dengan Nik Sapiea menjadi punca mata Tun Dr Mahathir disembur dengan gas pemedih mata.[8]

[sunting] Penulisan

Wartawan The Sun, Malaysia menganggap Abdullah Ahmad mempunyai 9 nyawa kerana peranan dan tulisannya masih diperlukan dari era Tun Razak, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Beliau merupakan seorang yang cukup berstail dalam penulisan profail politik Malaysia semasa. Tulisannya pernah menimbulkan kerumitan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi. Beliau juga dilihat sebagai pengampu Tun Dr Mahathir Mohamad malah dianggap sebagai "budak jahat" oleh musuhnya. Beliau dianggap 'pengimbang' pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah di Malaysia khususnya di Kelantan. Perpecahan dan pergeseran pemimpin UMNO Kelantan menyebabkan kerajaan PAS dapat didirikan di Kelantan pada tahun 1990.

Ceramahnya yang bertajuk Ketuanan Melayu yang disampaikan di Singapura mencetuskan polemik yang berpanjangan pada tahun 1986.Buku hasil tulisan beliau :

  • On the Record
  • The Dairy

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain