Abdullah Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Emeritus Dr.

Abdullah Hassan

B.A., M.A. (Mal.), Ph.D. (Edin.)
Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia ke-4
Memegang jawatan
1997
Didahului olehProf. Dato’ Dr. Mohd Mansor Salleh
Penyandang Kerusi Tun Abdul Razak Universiti Ohio ke-4
Dalam jawatan
1987–1989
Didahului olehProfesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Digantikan olehProfesor Datuk Abu Bakar Abdul Hamid
Butiran peribadi
LahirAbdullah bin Hassan
(1942-03-20) 20 Mac 1942 (umur 82)
Teluk Anson, Perak
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanMalaysia
PasanganAinon Mohd
KediamanJanda Baik, Pahang
PendidikanSekolah Melayu Semanggol
Sekolah Melayu Teluk Intan
Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh
Universiti Malaya
Universiti Edinburgh, Scotland
AnugerahProfesor Emeritus (2006)
Laman web rasmiProfAbdullah Hassan

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (lahir di Teluk Anson, Perak, pada 20 Mac 1942) ialah seorang ahli bahasa terkenal di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur; Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim; dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Latar akademik[sunting | sunting sumber]

Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland.

Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas pada 1972 di Unit Pengajian Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada 1980, dan bersara pada 1997. Selepas bersara beliau dilantik menjadi Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997 - 2001, dan seterusnya menjadi Profesor Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 - 2011. Mulai Februari 2012, beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu, di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Beliau pernah menjadi Penyelaras Unit Bahasa, USM 1972 -1982, Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1982-1986 dan, Dekan, Pusat Pengajian Lanjutan 1986-1987. Semasa berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau menjadi Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, 1997-1998, dan Dekan Pusat Penyelidikan, 1998-2001. Dan semasa berkhidmat di UPSI, beliau juga pernah menjadi Pengarah, Institut Peradaban Melayu, 2008-2010.

Beliau pernah memegang British Commonweallth Scholarship (1969-72) Zamalah Fulbright-Hays di University of California, Berkeley, (1979), Pensyarah Perunding Mengenai Terjemahan di RELC Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Ke-4, di Ohio University, AS, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (Okt. 2004).

Atas kesarjanaannya beliau dianugerahi gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 2006.

Perjuangan[sunting | sunting sumber]

Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi. Prof. Abdullah Hassan juga bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1997 - sekarang). Di bawah pimpinannya beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa, iaiatu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7 (1999), Ke-8 (2001), Ke-9 (2003), ke- 10 (2005), dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21-23 November 2007. Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM).[1]

Kerja amal[sunting | sunting sumber]

Beliau dan isterinya Ainon Muhammad @ Ainon Mohd, tinggal di Janda Baik, Bentong, Pahang. Di samping berkarya, mereka menjalankan kerja-kerja amal membantu masyarakat orang asli, membantu menguruskan sebuah pondok tahfiz, dan membantu pekerja sosial dalam kalangan remaja.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Anugerah keilmuan[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Sains Malaysia
    • Profesor Emeritus - 16 Ogos 2006
  • University of Edinburgh, Scotland
    • Doktor Falsafah Lingusitik (1972)
  • Universiti Malaya
    • Sarjana Linguitik (1969)
    • Sarjana Muda Linguitik (1967)

Karya beliau[sunting | sunting sumber]

Beliau mengarang banyak buku dalam bidang bahasa Melayu, komunikasi, terjemahan, dan perkamusan. Di samping itu beliau juga bergabung dengan isterinya, yang juga adalah seorang cendekiawan terkenal di Malaysia, bagi menulis banyak buku ilmu lain.

Buku[sunting | sunting sumber]

Karya bersama dengan Ainon Mohd.[sunting | sunting sumber]

  • 1994:
    • Peribahasa: Nilai - nilai murni KBSM. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676104906
    • Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
    • Pemikiran reka cipta. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9676104809
  • 1995:
    • Kepintaran Daya Cipta dan Kemahiran Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
    • Kursus berfikir tinggi. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676105678
  • 1996:
    • Mengajar Kanak-Kanak Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
    • Belajar berfikir : Teknik menajamkan daya fikiran . Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676106852
    • Pemikiran logikal dan kritikal. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676107182
    • Pemikiran lateral Edward de Bono. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 967610728X
  • 1997:
    • Motivasi belajar berfikir . Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676107506
    • Memahami pemikiran lateral. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 967610728X
  • 1999:
    • Menyelesaikan masalah secara kreatif. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676109614
    • Kursus berfikir untuk kolej dan universiti. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676109525
  • 2000:
    • Psikologi Asuhan Keluarga, Jilid 1, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311489
    • Psikologi Asuhan Keluarga, Jilid 2, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311608
    • Psikologi Asuhan Keluarga, Jilid 3, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311721
    • Seni bercakap-cakap dan berbual-bual. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311012
  • 2001:
    • Mengendalikan Masalah dalam Perhubungan Peribadi. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311896
    • Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311969
    • Kemahiran Interpersonal untuk Guru. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311004
  • 2002:
    • Kamus Simpulan Bahasa. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831921089
    • Psikologi moden untuk pendakwah. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311470
  • 2003: Koleksi Pantun untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833372007
  • 2004:
    • Komunikasi intim. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831926145 (kulit lembut)
    • Komunikasi tempat kerja. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN
    • Komunikasi untuk pemimpin. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376398 (kulit lembut)
    • Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376878 (kulit lembut)
  • 2005:
    • Mendorong kreativiti kanak-kanak. PTS Millennia Sdn. Bhd. ISBN 9833372821
    • Kamus peribahasa sekolah rendah PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9831929152
    • Kenapa saya tidak berfikir begitu? PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372120
    • Pandai berfikir. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372244
    • Kuasa berfikir kreatif : teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372724
    • Berfikir seperti inventor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372600
    • Berfikir secara logik dan kritis: Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372481

Majalah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]