Abdullah Md Zain

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Yang Berhormat Datuk
 Dr. Abdullah Md Zain
Abdullah Md Zain

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam pejabat
2006 – 2008

Ahli Parlimen
untuk P33 Besut, Terengganu
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Majoriti 10,590

Lahir 2 Ogos 1946
Bendera Terengganu Jerteh, Terengganu
Parti politik Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Wan Naimah Wan Latif
Pekerjaan Bekas pensyarah
Agama Islam

Datuk Dr. Abdullah Md Zain merupakan Ahli Parlimen Besut, Terengganu. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Datuk Hussin Awang dengan majoriti sebanyak 10,590 undi. Beliau memperolehi 29,376 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,786 undi.

Senarai kandungan

[sunting] Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Alor Selinsing, Jerteh pada 2 Ogos 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian memasuki Universiti al-Azhar, Mesir dan pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di sana. Selepas dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973, beliau memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

[sunting] Kerjaya

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Kelang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai Pensyarah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia) pada tahun 1999.

[sunting] Politik

YB Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS.

Pada pemilihan UMNO yang lalu, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

[sunting] Keluarga

Dato' Dr. Abdullah telah mendirikan rumahtangga bersama Toh Puan Wan Naimah Wan Latif dan dikurniakan 4 orang anak.

Alatan peribadi