Abdullah Saamah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Haji Abdullah bin Haji Saamah atau 'Tuan Guru Haji Lah' adalah pengasas/pengetua/ tuan guru di Madrasah Annajmiyah , Kampung Tebing (Annajmi). Sekolah pondok Pondok Geting ini terletak di Pengkalan Kubor,Tumpat, Kelantan.

Haram sokong DAP[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2010, Abdullah Saamah menyokong kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menjurus ke arah perpaduan umat Islam walaupun tidak disenangi parti pembangkang. Mursyidul Am Pas , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Mac 2010menyifatkan Harussani sebagai ejen UMNO kerana Mufti Perak itu mempersoalkan keengganan Pas menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Barisan Nasional di Perak selepas pilihan raya umum pada Mac 2008. [1]

Pada awal Ogos 2012, Abdullah Saamah pernah mengeluarkan fatwa haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti DAP. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan bahawa kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam kerana DAP memang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik pernah menyarankan Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah. Kenyataan Abdullah Saamah itu seakan mencetuskan provokasi dan menumpahkan darah ahli-ahli DAP.[2][3][4] Perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional yang tergolong sebagai kafir zimmi. Sebaliknya DAP tergolong dalam kafir harbi. Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan Persekutuan ; mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam ; kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam PAS, UMNO dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan fatwa 'kafir harbi' bagai halal isytihar perang. Sikap mahu melabelkan DAP 'layak diperangi' adalah mencabar kuasa pemerintah yang sah. Ulil amri sepatutnya mengambil tindakan tegas. Malaysia sejak merdeka menerima sistem memberi kewarganegaraan kepada penduduk asal dan mereka yang datang ke Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Sabda Nabi SAW : Orang orang beriman itu terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang mereka telah persetujui, kecuali perjanjian yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. [5]

Bantuan RM 2 juta[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2012, tuan guru Abdullah Saamah menerima replika cek bernilai RM2 juta daripada ahli parlimen Jeli, Dato Mustapa Mohamad. Sekolah pondok ini memang layak menerima bantuan kerana beberapa pondok di situ terbina dari papan beratap zink dan kelihatan begitu lusuh dan daif sekali. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk membeli tanah berhampiran, meluaskan kawasan pondok , menyediakan prasarana yang lebih baik dan lain-lain kebajikan. Kerajaan Pusat pernah memberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan wang ehsan dihulurkan melalui ahli politik tertentu.

Pada 2012, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan mencari tapak baru untuk sekolah pondok tersebut. Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM100,000 kepada setiap lima pondok di Kelantan, bagi membaik pulih pondok masing-masing .Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Majlis Pemimpin Bersama Minda Pondok di Pondok Al Najmiah turut disertai oleh Abdullah Saamah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. [6]

Antara lima pondok itu ialah Pondok Berangan (Kelaboran), Pondok Sungai Ular, Pondok Char (Wakaf Baru). Adun Kelaboran, YB Mohd Zaki Ibrahim mendedahkan bahawa sebenarnya Pondok Geting tidak wujud.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tokoh ulama sokong Harussani[pautan mati kekal]
  2. ^ 'Kafir harbi' umpama lampu hijau untuk membunuh
  3. ^ Tiada tindakan terhadap Abdullah Saamah
  4. ^ Rakaman video Siapa Sebenarnya Abdullah Saamah?
  5. ^ Mufti: K'jaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi
  6. ^ "[[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] mahu umat Islam bersatu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-06. Dicapai pada 2012-08-16.