Abdullah Yusuf Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hafiz Abdullah Yusuf Ali (14 April 1872 - 10 December 1953) dalam keluarga masyarakat Bohra di Bombay(Mumbai), India. Ayahnya Dawoodi Bohra merupakan seorang yang kuat ugama dan bekerja sebagai saudagar. Abdullah Yusuf Ali sudahpun menghafal Al-Quran ketika mudanya. Beliau pulang ke rahmatullah pada 1948 M, 1367 H di London.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdullah Yusuf Ali telah menerima pendidikan bahasa Arab dan bidang pengajian Al-Quran. Beliau juga merupakan kalangan penuntut yang terbaik dalam sastera bahasa Inggeris, hal ini kerana minat dan kemahirannya terhadap bahasa Inggeris. Banyak karya-karyanya diselitkan dalam majalah-majalah ilmiah. Beliau telah berjaya memegang jawatan yang paling tinggi dalam Perkhidmatan Awam India ketika itu, apabila dia telah berjaya dalam peperiksaan yang penuh dengan persaingan.

Beliau pernah belajar di beberapa universiti di Eropah termasuk University of Leeds. Sarjana Muhammad Iqbal membimbingnya menjadi pemimpin di Kolej Islamia di Lahore, Pakistan.

Penterjemahan al Quran[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1934, beliau telah berjaya menterjemah kitab suci Al Quran ke dalam bahasa Inggeris. Beliau menegaskan bahawa, adalah menjadi kewajipan seseorang muslim untuk memahami dan mengajar ayat Al Quran mengikut kemampuan masing-masing. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hanya sekadar terjemahan untuk memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang ayat suci Al Quran dan bukan bermakna untuk mengganti ayat suci Al Quran. Terjemahan ini diterbitkan pada 1938 oleh Sh. Muhammad Ashraf Publishers Lahore di India (kemudian Pakistan). Terjemahan ke bahasa Inggeris dimulai oleh Marmaduke Pickthall. Pickthall seorang Islam (asalnya Kristian) pernah menterjemah al Quran dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris pada 1930 dan banyak digunakan di Eropah.

Al Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali diterjemah pula ke bahasa Melayu oleh Muhammad Uthman El Muhammady.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1938 beliau membantu membina masjid Al-Rashid , masjid pertama di utara Amerika iaitu di Edmonton, Alberta, Kanada.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia di perkuburan Muslim di Brookwood, Surrey, berhampiran Woking tidak jauh dari perkuburan Marmaduke Pickthall.

Rujukan[sunting | sunting sumber]