Abdullah bin Md. Zin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri Dr
 Abdullah Bin Md Zin
Abdullah bin Md. Zin

Ahli Parlimen
untuk P33 Besut
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
Mac 2004
Didahului oleh Hassan Mohamed (PAS)
Majoriti 2027

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tempoh berjawat
2006 – 2008

Tempat lahir Jerteh, Terengganu
Parti politik BN BN-UMNO
Pasangan Wan Naimah Wan Latif
Pekerjaan Anggota Parlimen, bekas pensyarah
Agama Islam
Prof. Datuk Dr. Abdullah bin Md. Zin

Prof. Datuk Dr. Abdullah Muhammad Zin adalah ahli parlimen Besut, Terengganu dan pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya mengahasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.[1]

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.

Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Glosari Pasaran Modal Islam :bahasa Arab-huraian-bahasa Melayu,bahasa Melayu-bahasa Ingeris; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
  2. Pendidikan Islam di Malaysia : dari pondok ke universiti / Abdullah Muhammad Zin, Zulkiplie Abd. Ghani, Abdul Ghafar Hj. Don.Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005
  3. Kebatilan dalam ajaran kebatinan / disunting oleh Abdullah Muhammad Zin, Mohd Alwi Yusoff, Muhammad Haizuan Rozali ,Seminar kebatinan serantau (2000 : Kuala Lumpur) : ;Kolej Universiti Islam Malaysia, 2003.
  4. Prinsip dan kaedah dakwah dalam arus pembangunan Malaysia / disunting oleh Abdullah Muhammad Zin, Che Yusof Che Mamat, Ideris Endot ; UKM, 1998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Abdullah Md Zin Appointed PM's Religious Advisor", 2 Mac 2009. Dicapai pada 29 Disember 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]