Abelisaurus
| Abelisaurus Julat zaman: Cretaceous Akhir |
|
|---|---|
| Profil Abelisaurus comahuensis. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Kordata |
| Kelas: | Sauropsida |
| Superorder: | Dinosauria |
| Order: | Saurischia |
| Suborder: | Theropoda |
| Infraorder: | Ceratosauria |
| Keluarga: | Abelisauridae |
| Genus: | Abelisaurus Bonaparte & Novas, 1985 |
| Spesies | |
|
|
Abelisaurus (disebut /əˌbɛlɨˈsɔrəs/; "biawak Abel") merupakan satu genus dinosaur yang dinamakan sempena Roberto Abel, yang merupakan penemu spesimen ini serta bekas pengarah muzium di Argentina. Ia dianggarkan hidup di zaman Cretaceous Akhir di kawasan yang kini Amerika Selatan. Ia merupakan dinosaur pemakan daging berkaki dua yang mungkin mencapai 6-9 meter (20-30 kaki), walaupun ini sebenarnya dianggarkan dari fosil satu tengkorak yang dijumpai di Argentina.
Abelisaurus mempunyai kaki belakang yang panjang dan lansing. Tangannya agak pendek, Kepalanya panjang dan sempit tanpa tanduk atau hiasan atas kepalanya dengan mata yang terbenam dalam. Bentuk badannya mungkin menyerupai Carnotaurus. Hanya satu tengkorak yang tidak lengkap pernah dijumpai dan kini disimpan di Muzium Cipolletti, Wilayah Río Negro, Argentina.