Abhisit Vejjajiva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abhisit Vejjajivat
อภิสิทธิ์ เวชชาชีวะ
Abhisit Vejjajiva

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
15 Disember 2008
Raja Rama IX
Didahului oleh Somchai Wongsawat
Digantikan oleh Yingluck Shinawatra

Tarikh lahir 3 Ogos 1964 (50 tahun)
Tempat lahir Newcastle-upon-Tyne, England
Parti politik Demokrat
Pasangan Dr Pimpen Sakuntabhai
Agama Buddha

Abhisit Vejjajiva (lahir pada 3 Ogos 1964) merupakan ahli politik Thailand dan pemimpin Parti Demokrat sejak Februari 2005. Mulai 15 Disember 2008, Dewan Rakyat Thailand melantik beliau sebagai Perdana Menteri Thailand ke-27.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abhisit dilahirkan di Newcastle-upon-Tyne, England kepada Dr Athasit Vejjajiva dan Dr Sodsai Vejjajiva ketika ibu bapanya belajar di sana. Bapanya pernah menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Saudara kandungnya ialah Dr Prof Alisa Wacharasin dan Ngarmpun Vejjajiva. Setelah melanjutkan pengajian di Universiti Chulalongkorn, beliau ditukarkan ke Scaitclife School dan Kolej Eton di England. Abhisit kemudian belajar di Universiti Oxford dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

Abhisit berkahwin dengan Dr Pimpen Sakuntabhai seorang doktor gigi dan kini menjadi pensyarah di Universiti Chulalongkorn. Mereka dikurniakan 2 orang anak. Abhisit keturunan Cina-Hakka-Siam. Beliau merupakan keturunan Cina-Thai generasi ke -4.

Politik[sunting | sunting sumber]

Selepas belajar di Universiti Oxford, pada usia 27 tahun, Abhisit menjadi ahli parlimen di Bangkok. Beliau berpengalaman menjadi jurucakap parti, jurucakap Kerajaan, Timbalan Setiausaha kepada Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pendidikan Parlimen, dan Menteri kepada Pejabat Perdana Menteri semasa Demokrat berkuasa.

Abhisit dipuji kerana kelihatan kacak dan bijak. Ekoran penyingkiran Perdana Menteri Samak Sundaravej pada 2008, Somchai Wongsawat telah dilantik menjadi pengganti. Pada 2008, Mahkamah Perlembagaan memutuskan parti PPP, Chart Thai serta Matchima diharamkan kerana menipu dalam pilihan raya 2007. Pada 7 Disember ramai ahli politik menyokong Abhisit menjadi Perdana Menteri Thailand ke-27. Pemimpin pembangkang termasuk dari Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) menyokong pemilihan Abhisit kerana dilihat bersih daripada rasuah dan penyelewengan seperti Thaksin Shinawatra.[1] Perlantikan ini menamatkan spekulasi campur tangan tentera dan manipulasi istana. Majalah Forbes baru-baru ini menobatkan Raja Thailand, Bhumipol Adulyadej sebagai raja terkaya di dunia dengan anggaran asset sebanyak RM116.897 bilion. Ketua Tentera Thailand, Jeneral Anupong Paochinda dilihat akur dengan perlantikan ini.

Menjadi Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Abhisit mendapat 235 undi mengalahkan bekas Ketua Polis dan pemimpin Puea Pandin, Pracha Phromnok yang meraih 198 undi . Ini bermakna Demokrat kembali berkuasa selang 7 tahun. Parti Demokrat dikalahkan oleh parti Thai Rak Thai (TRT) pimpinan Thaksin Shinawatra mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum 2001 di sebalik krisis ekonomi 1997/98. Beliau antara yang termuda menjadi perdana menteri selain Marshal Plaek Pibulsonggram dan M.R. Senee Pramoj pada umur 41 dan 40 tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]