Abraham Lincoln
| Abraham Lincoln | |
|
|
Abraham Lincoln (12 Februari 1809 – 15 April 1865), juga digelar Abe Lincoln, dan panggilan lain seperti Abe Jujur dan Pembebas Agung kerana usahanya membebaskan hamba. Lincoln adalah seorang ahli politik dan juga Presiden Amerika Syarikat ke-16 (1861 - 1865), serta presiden pertama Parti Republikan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan dan memainkan peranan penting dalam pengurusan pihak Union (Kesatuan) semasa Perang Saudara Amerika seperti pemilihan jeneral termasuk Ulysses S. Grant.
Isi kandungan |
Kehidupan awal [sunting]
Abraham Lincoln dilahirkan pada 12 Februari 1809 di Hardin (sekarang Larue County), Kentucky. Bapanya, Thomas Lincoln adalah seorang peladang dan ibunya bernama Nancy Hanks. Keluarga Lincoln tinggal di sebuah rumah kabin yang kecil dan mempunyai satu bilik sahaja. Ayahnya seorang yang kuat agama Baptis dan tidak mahu memiliki hamba walaupun Kentucky pada masa itu menghalalkan perhambaan. Ketika Lincoln berumur 7 tahun, keluarganya berpindah ke Indiana. Lincoln menolong bapanya di ladang tetapi ketika beliau berusia 22 tahun, beliau meninggalkan keluarganya untuk berpindah ke New Salem, Illinois, untuk bekerja sebagai jurujual. Beliau sempat ke sekolah untuk satu tahun dan belajar membaca, menulis dan kira-kira. Pada tahun 1842, beliau berkahwin dengan Mary Todd Lincoln. Mereka mempunyai empat cahaya mata tetapi tiga daripadanya meninggal semasa usia muda.
Kerjaya politik [sunting]
Lincoln memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Helang Hitam, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam.
Lincoln menjadi seorang peguam yang berjaya di Illinois. Pada tahun 1837, buat pertama kali beliau membantah perhambaan tetapi pada masa yang sama berkhidmat sebagai peguam untuk tuan yang mahukan hamba mereka yang lari dikembalikan di Illinois. Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois.
Presiden dan perang saudara [sunting]
Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.
Dalam usaha-usahanya sebagai pemimpin masa perang Lincoln sering menggunakan pujukan seperti dalam kenyataan-kenyataan umumnya, khususnya Ucapan Gettysburg, mentakrifkan persoalan-persoalan perang, dan membantu untuk mentakrifkan semula imej diri Amerika Syarikat. Beliau terbukti pintar menggantikan jeneral-jeneral yang sederhana dengan jeneral-jeneral yang lebih berupaya sehingga akhirnya, beliau menemui Ulysses S. Grant. Dalam kepimpinan Parti Republikan, Lincoln dapat mengelakkan perpecahan antara semua puak, dan menambahkan sokongan baru daripada ahli-ahli Demokrat yang menyokong peperangan, walaupun Copperhead, musuh-musuhnya yang merupakan puak Demokrat di Utara, kuat membidasnya sebagai diktator yang tiada belas kasihan. Lincoln terpaksa mendamaikan pemimpin-pemimpin Republikan yang radikal dan sederhana yang sering kali amat tidak bersependapat terhadap persoalan-persoalan perhambaan. Lincoln sendiri menyelia usaha perang bersama-sama dengan Jeneral Grant (1864-65) yang berjaya mengalahkan Robert E. Lee pada April 1865.
Sifat-sifat kepimpinan Lincoln ternyata dalam:
- cara menangani diplomasi terhadap negeri-negeri perhambaan di sempadan pada permulaan pertempuran
- menewaskan cubaan Kongres untuk menyusun semula Kabinet pada tahun 1862
- ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan yang membantu negeri-negeri utara bersiap sedia
- meredakan isu keamanan dalam kempen pilihan raya presiden pada tahun 1864.
Copperhead mengkritik Lincoln kerana mencabuli Perlembagaan, melampaui bidang kuasa eksekutif, enggan bertolak ansur terhadap pengabdian, mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung habeas corpus, mengarahkan penangkapan 18,000 orang penentang (termasuk pegawai-pegawai awam dan penerbit-penerbit akhbar), dan membunuh beratus-ratus ribu pemuda yang menyertai perang sebagai askar. Republikan Radikal mengkritiknya kerana terlalu lambat menghapuskan perhambaan, dan tidak cukup keras dalam menghadapi pihak selatan.
Pembunuhan Lincoln [sunting]
Pada mulanya, John Wilkes Booth, seorang pelakon dan perisik Konfederasi dari Maryland, merancang untuk menculik Lincoln sebagai tukaran kepada pelepasan banduan-banduan Konfederasi. Tetapi selepas menghadiri satu ucapan pada 11 April di mana Lincoln menganjurkan hak mengundi kepada kulit hitam, kebencian Booth bertambah dan dia menukar rancangan untuk membunuh presiden[1]. Apabila mendapat tahu Lincoln dan Wanita Pertama akan menghadiri Teater Ford, Booth bersiap sedia dengan rancangannya dan mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk membunuh Timbalan Presiden Andrew Johnson dan Setiausaha Negara William H. Steward.
Tanpa pengawal utamanya Ward Hill Lamon, Lincoln bertolak ke teater untuk menyaksikan persembahan "Our Amerincan Cousin" pada 14 April 1865. Ketika pengawalnya tiada, Lincoln duduk di tempat biasanya di balkoni tanpa menyedari Booth berada di belakangnya dan hanya menunggu adengan kelakar untuk membunuh presiden dengan harapan gelak ketawa di teater akan menenggelamkan bunyi tembakan. Saat ditunggu tiba, lalu Booth menembak Lincoln di kepala. Mejar Henry Rathbone cuba menangkap Booth tetapi tidak berjaya. Booth melompat ke atas pentas, kemudian menjerit Sic semper tyrannis! (bahasa latin: "Maka selalu (berlaku) ke atas pemimpin kejam) dan berjaya melarikan diri[2]. Gerakan memburu Booth berlangsung selama 12 hari di bawah arahan Setiausaha Perang Edwin M. Stanton. Booth berjaya ditangkap di sebuah rumah reban di Virginia dan ditembak serta mati kerana kecederaan.
Lincoln dalam koma selama sembilan jam sebelum meninggal dunia. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 7.22 pagi, 15 April 1865 ketika umurnya 56 tahun.
Legasi [sunting]
Lincoln masyhur melalui peranannya dalam pemeliharaan Kesatuan (Union) dan menamatkan perhambaan di Amerika Syarikat dengan Perisytiharan Emansipasi dan Pindaan Ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat.
Ahli-ahli sejarah masih berdebat mengenai pengaruh Lincoln yang berpanjangan dalam institusi-institusi politik dan sosial Amerika Syarikat, terutamanya pemusatan kuasa dalam tangan kerajaan persekutuan dan melemahkan kuasa kerajaan-kerajaan negeri.
Walaupun Lincoln menumpukan perhatiannya kepada hal-hal ketenteraan dan politik tetapi dengan sokongannya yang kuat, pentadbirannya:
- mengasaskan sistem bank-bank negara melalui Akta Bank Negara
- menaikkan tarif untuk hasil
- mengenakan cukai pendapatan yang pertama
- mengeluarkan bon yang bernilai beratus-ratus juta dolar serta wang kertas negara (greenback) yang pertama di negara
- menggalakkan imigrasi dari Eropah
- memulakan landasan rentas benua
- menubuhkan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
- menggalakkan pemilikan ladang melalui Akta Rumah Ladang pada tahun 1862, serta
- menubuhkan sistem moden untuk universiti-universiti negeri melalui Akta Kolej Geran Tanah Morrill.
Semasa perang, Jabatan Perbendaharaannya mengawal semua perdagangan kapas dengan amat berkesan di wilayah selatan — serangan mendadak yang paling dramatik terhadap ekonomi oleh pihak pengawalan persekutuan. Virginia Barat yang berpisah serta Nevada yang kurang penduduk dibenarkan masuk sebagai negeri-negeri Kesatuan untuk memperkukuh majoriti Republikan dalam Senat Amerika Syarikat.
Lincoln mendapat tempat sebagai satu daripada dua atau tiga presiden yang terunggul di Amerika Syarikat. Sumbangannya besarnya adalah peranan yang dimainkan dalam mentakrifkan persoalan-persoalan yang utama, kemenangan Perang Saudara, penghapusan perhambaan, pentakrifan semula nilai-nilai negara, penubuhan parti politik baru, dan penyelamat dan pentakrifan semula Kesatuan. Pembunuhan Lincoln menyebabkan beliau dianggap pejuang suci oleh berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat.
Nota kaki [sunting]
- ↑ Harrison, Lowell Hayes, Lincoln of Kentucky, University Press of Kentucky, 2000, ms. 3–4. ISBN 0-8131-2156-6.
- ↑ George Alfred Townsend, The Life, Crime and Capture of John Wilkes Booth. New York: Dick & Fitzgerald, 1865. (LCCN 12002580.
Rujukan [sunting]
Sumber pertama [sunting]
- Basler, Roy P. ed. (1953–55). Collected Works of Abraham Lincoln. 9 vols.. New Brunswick, NJ: Rutgers Univ. Press.
- Basler, Roy P. ed. (1946). Abraham Lincoln: His Speeches and Writings.
- Lincoln, Abraham (1989). Lincoln: Speeches and Writings (2 vol Library of America edition ed.).
- Lincoln, Abraham (2000). ed by Philip Van Doren Stern. ed. The Life and Writings of Abraham Lincoln. Modern Library Classics.
Biografi [sunting]
- David Herbert Donald. Lincoln(1999) ISBN 0-684-82535-X – menerima banyak ulasan daripada para cendekiawan. Donald pernah memenangi dua buah Hadiah Pulitzer untuk biografi.
- William E. Gienapp. Abraham Lincoln and Civil War America: A Biography ISBN 0-19-515099-6 (2002)
- Doris Kearns Goodwin, Team of Rivals: The Political Genius of Abraham Lincoln ISBN 0-684-82490-6 (2005) – pengulas-pengulas melaporkan bahawa buku ini amat baik.
- Allen C. Guelzo. Abraham Lincoln: Redeemer President ISBN 0-8028-3872-3 (1999)
- John Hay & John George Nicolay. Abraham Lincoln: a History (1890) – Jilid 1 dan Jilid 2 boleh didapati dalam talian; jumlah 10 jilid ditulis oleh pembantu-pembantu kanan Lincoln.
- Reinhard H Luthin. The Real Abraham Lincoln (1960) – dipandang tinggi oleh para pengulas.
- Mark E. Neely. The Abraham Lincoln Encyclopedia (1984) – makalah-makalah terperinci mengenai banyak tokoh dan gerakan yang berkait dengan Lincoln.
- Mark E. Neely. The Last Best Hope of Earth: Abraham Lincoln and the Promise of America (1993) – pemenang Hadiah Pulitzer
- Stephen B. Oates. With Malice Toward None: The Life of Abraham Lincoln (1994)
- James G. Randall. Lincoln the President (4 jilid, 1945–55; dicetak semula pada 2000) – oleh cendekiawan pemenang hadiah
- Mr. Lincoln, edisi petikan oleh Richard N. Current (1957)
- Carl Sandburg. Abraham Lincoln: The Prairie Years (2 jilid, 1926); The War Years (4 jilid, 1939) – biografi yang memenangi Hadiah Pulitzer, oleh seorang pemuisi termasyhur
- Benjamin P. Thomas; Abraham Lincoln: A Biography (1952)
Pautan luar [sunting]
| Ketahui lebih lanjut tentang Abraham Lincoln di projek saudara Wikipedia: | |
| Takrifan dari Wikikamus |
|
| Imej dan media dari Commons |
|
| Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
|
| Berita dari Wikiberita |
|
| Petikan dari Wikipetikan |
|
| Teks sumber dari Wikisumber |
|
| Buku teks dari Wikibuku |
|
- LINCOLN, Abraham, (1809 - 1865) di Biographical Directory of the United States Congress
- The Lincoln Institute
- Abraham Lincoln in United States Census Records
- Mr. Lincoln's Virtual Library
- Abraham Lincoln Assassination
- Poetry written by Abraham Lincoln
- The Abraham Lincoln Presidential Library and Museum Springfield, Illinois
- Lincoln Studies Center at Knox College
- Original 1860s Harper's Weekly Images and News on Abraham Lincoln
- The Lincoln Log: A Daily Chronology of the Life of Abraham Lincoln
- Lincoln Memorial Washington, DC
- National Park Service Abraham Lincoln birthplace (includes good early history)
eTeks Projek Gutenberg [sunting]
- Projek Gutenberg: Karya-karya oleh Abraham Lincoln
- Richardson, James D. (penyusun). Susunan Perutusan dan Kertas Kerja Presiden, serta lain-lain lagi: Jilid 6, Bahagian 1: Abraham Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/12462. termasuk kertas-kertas kerja negara, baik utama mahupun kurang penting, tetapi tidak termasuk ucapan dan surat
- Cerita-cerita Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/2517.
- Hay, John; Nicolay, John George (1890). Abraham Lincoln: Sejarah.
- "Jilid 1". http://www.gutenberg.org/etext/6812. hingga 1856; litupan yang kukuh untuk politik negara
- "Jilid 2". http://www.gutenberg.org/etext/11708. (1832 - 1901) ; meliputi 1856 hingga awal 1861; litupan terperinci untuk politik negara; sebahagian daripada 10 jilid "Kehidupan dan Masa" ditulis oleh pembantu-pembantu kanan Lincoln
- Nicolay, Helen (1907). Buku kanak-kanak: Kehidupan Abraham Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/1815. (1866 to 1954)
- Ketcham, Henry (1901). Kehidupan Abraham Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/6811. ; popular
- Morse, John T. (1899). Abraham Lincoln. ; sebuah biografi ilmiah yang kukuh
- Francis Fisher Browne (1913). Kehidupan Harian Abraham Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/14004. ; popular
- George Haven Putnam, Litt. D. (1909). Abraham Lincoln: Pemimpin Rakyat dalam Pejuangan Kewujudan Negara. http://www.gutenberg.org/etext/11728.
- Stephenson, Nathaniel W. (1922). Kehidupan Peribadi Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/1713. ; popular
- Benson (Lorn Charnwood), Godfrey Rathbone (1917). Abraham Lincoln. http://www.gutenberg.org/etext/18379.
| Didahului oleh John Henry |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat daripada daerah kongres 7 1847 – 1849 |
Diikuti oleh: Thomas Langrell Harris |
| Didahului oleh John Frémont |
Calon presiden Parti Republikan 1860 (menang), 1864 (memang) |
Diikuti oleh: Ulysses Grant |
| Didahului oleh James Buchanan |
Presiden Amerika Syarikat 4 Mac 1861 – 15 April 1865 |
Diikuti oleh: Andrew Johnson |