Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam (الأرقم بن أبي الأرقم‎) (sek. 597-675) adalah seorang sahabat nabi dan ahli perniagaan yang berpengaruh daripada suku Makhzum di Makkah.

Dalam sejarah Islam, beliau orang ketujuh dari As-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang pertama menganut Islam). Rumah beliau terletak di bukit Safa, di mana para pengikut Nabi Muhammad belajar tentang Islam secara rahsia.[1] Sebelumnya rumah al-Arqam ini disebut Dar al-Arqam (rumah Al-Arqam) dan setelah dia memeluk Islam akhirnya disebut Dar al-Islam (Rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah pertama terbentuk. Al-Arqam juga ikut hijrah bersama dengan Nabi Muhammad ke Madinah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. ms. 98.