Abu Al-Qasim Al-Zahrawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Albucasis.gif

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi (lahir 936M, meninggal dunia 1013M), (nama penuh dalam Bahasa Arab: أبو القاسم بن خلف بن العباس الزهراوي ) dikenali di Barat dengan gelaran Abulcasis dan dianggap sebagai "Bapa Bedah Moden". Al-Zahrawi merupakan seorang ahli bedah yang tinggal di Al-Andalus pada Zaman Pertengahan dan dianggap pakar bedah terulung pada zamannya. [1]

Sumbangan terbesar beliau kepada bidang perubatan ialah kitabnya Al-Tasrif, sebuah ensiklopedia yang mengandungi 30 jilid.[2] Beliau melopori bidang pembedahan dengan prosedur serta alat-alat pembedahan yang memberi kesan yang kuat bukan sahaja di dunia Timur, tetapi juga di dunia Barat sehinggalah ke zaman sekarang sehinggakan beberapa hasil kajiannya masih digunakan dalam dunia perubatan. Beberapa alat pembedahan yang dicipta beliau termasuk alat-alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing.[3]

Beliau merupakan ahli perubatan yang pertama yang memerikan kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) dan juga ahli perubatan pertama yang memerikan sifat keturunan penyakit hemofilia.[3]

Kitab al-Tasrif[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Al-Tasrif
Gambaran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Abu al-Qasim Al-Zahrawi.

Treatis perubatan karya al-Zahrawi, Kitab al-Tasrif, memuatkan 30 jilid. Kitab ini disiapkan pada tahun 1000 M dan merangkumi tajuk-tajuk yang luas termasuk sains pergigian dan perbidanan. Maklumat yang terkandung dalam al-Tasrif dikumpulkan sepanjang kerjaya al-Zahrawi selama hampir 50 tahun termasuk segala latihan, pengajaran dan amalan al-Zahrawi sebagai seorang doktor Zaman Pertengahan. Dalam kitab tersebut beliau menulis tentang pentingnya pertalaian positif antara perhubungan doktor dengan pesakit. Beliau juga menulis dengan nada sayang tentang anak muridnya yang dianggapnya sebagai "anak-anakku". Beliau menitikberatkan penjagaan pesakit tanpa menghiraukan status sosial mereka. Beliau menggalakkan pemerhatian rapi kes-kes individu bagi tujuan membuat diagnosis tepat dan rawatan yang terbaik.

Kitab al-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Al-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Universiti Montpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Campbell di dalam buku History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.

Mahupun tidak diberi penghargaan sewajarnya, al-Tasrif al-Zahrawi memerikan kedua-dua apa yang kemudiannya akan disebut "kaedah Kocher" bagi rawatan bahu terkehel, dan "kedudukan Walcher" dalam bidang obstetrik. Al-Tasrif memerikan bagaimana mahu mengikat pembuluh darah hampir 600 tahun sebelum Ambroise Pare, dan merupakan buku pertama yang tercatat yang merakam beberapa peranti pergigian serta penjelasan tentang sifat kewarisan penyakit hemofilia.[3] Beliau juga merupakan orang yang pertama yang memerikan prosedur pembedahan bagi mengikat arteri temporal untuk mengubati penyakit migrain, juga hampir 600 tahun sebelum Pare merakamkan yang beliau telah mengikat arteri temporalnya sendiri untuk merawat sakit kepala yang mirip pemerian migrain kontemporari.[4] Justeru, al-Zahrawi merupakan orang pertama yang memerikan prosedur pembedahan untuk migrain yang menikmati kebangkitan semual dalam abad ke-21, diketuai seorang pakar bedah Afrika Selatan, Elliot Shevel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ahmad, Z. (St Thomas' Hospital) (2007), Al-Zahrawi - The Father of Surgery, ANZ Journal of Surgery 77 (Suppl. 1): A83, doi:10.1111/j.1445-2197.2007.04130_8.x 
  2. al-Zahrāwī, Abū al-Qāsim Khalaf ibn ʻAbbās; Studies, Gustave E. von Grunebaum Center for Near Eastern (1973). Albucasis on surgery and instruments. University of California Press. ISBN 978-0-520-01532-6. Diperoleh pada 16 May 2011. 
  3. 3.0 3.1 3.2 Cosman, Madeleine Pelner; Jones, Linda Gale (2008). Handbook to Life in the Medieval World. Handbook to Life Series 2. Infobase Publishing. ms. 528–530. ISBN 0-8160-4887-8. 
  4. Shevel, E; Spierings, EH (2004 Apr). "Role of the extracranial arteries in migraine headache: a review.". Cranio : the journal of craniomandibular practice 22 (2): 132–6. PMID 15134413.