Abu Backer Sidek Mohamad Zan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Abu Backer Sidek Mohamad Zan

D.I.M.P.
Kelahiran
Abu Backer Sidek bin Mohamad Zan

1968
Meninggal dunia26 Oktober 2020
PekerjaanPeguam di firma Tetuan A. B. Sidek & Co.
Terkenal keranaCalon bebas Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014

Dato' Abu Backer Sidek bin Mohamad Zan ialah seorang peguam di Malaysia. Beliau merupakan seorang peguam cara dan pendakwa raya di Mahkamah Tinggi Malaya pada 1993[1]. Beliau mula terkenal selepas bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014 sebagai calon bebas. Dalam pilihan raya tersebut, beliau menentang calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Ramkarpal Singh; Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan dan seorang calon bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar. Sehari sebelum hari pembuangan undi, beliau mengisytiharkan menarik diri daripada pilihan raya tersebut[2].

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014
Parti Calon Undian % ±%
Pakatan Rakyat Ramkarpal Singh 41,242 89.95 10.07
Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan 3,583 7.81 N/A
Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar 799 1.74 N/A
Bebas Abu Backer Sidek Mohammad Zan 225 0.49 N/A
Undian rosak 539 1.16 0.23
Majoriti 37,659 82.14 22.38
Peratusan mengundi 46,388 56.27 29.88
Pakatan Rakyat kekal Peralihan N/A

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor[sunting | sunting sumber]

Abu Backer dilaporkan mendakwa diboikot oleh media tempatan sepanjang kempennya dalam pilihan raya kecil[3] Beliau menggunakan 10 buah teksi disewa Abu Backer Sidek untuk digunakan dalam siri jelajah bertemu pengundi di kawasan Bukit Gelugor[4] Beliau turut memfailkan permohonan bagi mendapatkan statistik terperinci jumlah keputusan berdasarkan daerah mengundi dan pusat undi pilihan raya tersebut. Walau bagaimanapun, mahkamah pilihan raya menolak permohonan tersebut pada 28 Ogos 2014[5].

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar[sunting | sunting sumber]

Abu Backer berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar 2016. Walau bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang pencalonannya kepada pihak SPR malah mengoyak borang pencalonan kerana kecewa menerima layanan yang biadab daripada pihak SPR[6].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2014)

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Abu Backer disahkan meninggal dunia pada 26 Oktober 2020[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "In Memoriam | Dato' Abu Backer Sidek b Mohamad Zan". Malaysian Bar. 16 November 2020. Dicapai pada 17 November 2021.
  2. ^ Haider Yutim (Mei 24, 2014). "Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor". Astro Awani. Dicapai pada 17 November 2021.
  3. ^ SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM (19 Mei 2014). "Abu Backer Hampir Tarik Diri, Kecewa Tak Dapat Liputan Media". mStar. Dicapai pada 17 November 2021.
  4. ^ "Calon Bebas guna teksi berkempen". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 2014-08-29.
  5. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140829/ma_06/Mahkamah-tolak-permohonan-Abu-Backer#ixzz3BkRUefWx Diarkibkan 2014-08-30 di Wayback Machine]
  6. ^ "Abu Backer: Kertas pencalonan saya tak ditolak, koyak kerana kecewa". Malaysiakini. Jun 17, 2016. Dicapai pada 17 November 2021.