Abu Bakar Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri

Abu Bakar Abdullah
أبو بكر عبد الله
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
1 Julai 2010 – 14 Mac 2013
Didahului olehTan Sri Ismail Adam
Digantikan olehTan Sri Mohamad Zabidi Zainal
Butiran peribadi
Lahir1955 (umur 68–69)
Alma materUniversiti Malaya

Tan Sri Abu Bakar Abdullah (lahir 1955) ialah seorang pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam selama dua tahun setengah pada 2010-2013. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun dari 1977 sehingga beliau bersara wajib secara pilihan apabila mencapai usia 58 tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya.

Berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.[1] Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Lalu beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010 menggantikan Tan Sri Ismail Adam (lahir 1950) yang telah bersara wajib apabila mencapai usia 60 tahun[2] dan berkhidmat selama dua tahun setengah hingga 14 Mac 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tamat 1 Julai". Jun 2012. Dicapai pada 6 September 2021.
  2. ^ Abu Bakar Dilantik Ketua Pengarah JPA[pautan mati kekal]