Abu Hasan Sarif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk
 Abu Hasan Sarif
Abu Hasan Sarif

Ahli DUN
bagi kawasan N3 Kota Seputeh, Kedah
Tempoh berjawat
Mac 2008 – kini
Majoriti 495

Parti politik BN-100px.jpgUMNO (Malaysia).svg Barisan Nasional - UMNO
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Yang Berhormat Datuk Abu Hasan Sarif merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Seputeh (N5) di atas tiket Barisan Nasional (UMNO) selama 4 penggal berturut-turut. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan ketua UMNO Bahagian Jerlun. Datuk Abu Hasan Sarif dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun selepas menewaskan penyandang, Datuk Abdul Rahman Ariffin pada persidangan perwakilan bahagian itu pada 21 Oktober 2008.[1]Pada 16 November 2009, beliau tidak lagi menjadi ADUN Kota Siputih selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN tersebut berikutan beliau tidak hadir di dalam tidak menghadiri dua persidangan DUN pada tahun 2009.[2]


Isi kandungan

[sunting] Dipecat dari ADUN

[sunting] Tindakan Speaker Kedah mengenai ketidakhadiran

Ketidakhadiran beliau selama dua kali berturut-turut pada 9 April 2889 dan 9 Ogos 2009 lalu tanpa kebenaran menyebabkan Speaker Dewan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengisytiharkan kerusi Kota Seputeh kosong berikutan kegagalan penyandangnya menghadiri sidang DUN Kedah mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Beliau memaklumkan bahawa beliau sakit dan lambat menghantar sijil sakit.[3] Pada 1 September 2009, beliau dikekalkan oleh SPR sebagai ADUN Kota Seputeh kerana ia bukan dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, demikian menurut SPR.[4]Namun, berikutan daripada keputusan SPR tersebut, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abd. Isa Ismail hari ini menfailkan saman terhadap ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memohon perintah isytihar Abu Hasan bukan ADUN Kota Siputeh dan menghalang dari menjalankan tugas sebagai ADUN, batalkan keputusan SPR serta memaksa untuk mengadakan pilihan raya kecil DUN itu. [5][6]

[sunting] Keputusan Mahkamah

Pada 16 November 2009, beliau tidak lagi menjadi ADUN Kota Siputih selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN tersebut berikutan beliau tidak hadir di dalam tidak menghadiri dua persidangan DUN pada tahun 2009.Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan. Walaupun hakim tersebut saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, beliau berpendapat bahawa SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.[7]


[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan