Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya Al-Zarqali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satu daripada kawah qamari Bulan dinamakan Arzachel sempena al-Zarqali.

Abū Ishāq Ibrāhīm ibn Yahya al-Zarqālī atau lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali merupakan salah seorang sarjana sains Islam yang hidup antara tahun 1028 - 1087 M. Juga dikenali sebagai al-Zarqālluh dan al-Zarqallah. Dia hidup di saat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian.

Al-Zarqali seorang Muslim, merupakan pembuat peralatan logam, ahli nujum, dan seorang ahli falak terunggul pada zamannya. Beliau tinggal di Toledo Al-Andalus, berpindah dan Cordoba pada usia tuanya. Karya-karya beliau memberi ilham kepada segenerasi ahli falak Islam di Al-Andalus.

Beliau terlatih sebagai tukang logam dan kerana kemahirannya, beliau diberi nama Al-Nekkach (dalam bahasa Arab Al-Andalusia, bermaksud "pengukir logam"). Nama His Latinnya, Arzachel ialah gabungan ungkapan Arab al-Zarqali al-Naqqash, yang bermaksud "Si pengukir". Dalam karya-karya Geoffrey Chaucer , beliau juga dikenali sebagai Arsechieles.[1]

Kawah qamari Arzachel di Bulan dinamakan sempena beliau.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

al-Zarqāli dilahirkan dalam keluarga Visigoth yang memeluk Islam di suatu kampung berdeketan Toledo, yang pada masa itu merupakan ibu negeri termasyhur taifa Toledo yang terkenal dengan hubungan baik antara penduduk Muslim dan Kristian.


al-Zarqali mahir dalam ilmu geometri dan ilmu falak. Diketahui bahawa beliau melawati dan mengajar di Cordoba beberapa kali dan pengetahuan serta pengalamannya menjadikan beliau ahli falak terunggul pada masa itu. He was particularly talented in Geometry and Astronomy. al-Zarqali juga seorang pereka, dan kerja-kerjanya membantu meletakkan Toledo sebagai pusat intelek Al-Andalus.

Pada tahun 1085 M Toledo dijarah Alfonso VI dari Castile. al-Zarqala dan rakan seperjuangannya, seperti Al‐Waqqashi (1017–1095 M) dari Toledo, terpaksa melarikan diri. Tidak diketahui sama ada al-Zarqali yang sudah tua itu melarikan diri ke [Cordoba, Sepanyol|Cordoba]] atau meninggal dunia di kem pelarian Moor.

Karya-karya al-Zarqali mempengaruhi Ibn Bajjah (Avempace), Ibn Tufail (Abubacer), Ibn Rusyd (Averroes), Ibn al-Kammad, Ibn al‐Haim al‐Ishbili and Nur ad-Din al-Betrugi (Alpetragius).

Gerard dari Cremona telah menterjemahakan karya-karya alZarqali ke dalam bahasa Latin. Dia merujuk kepada al-Zarqali sebagai seorang ahli falak dan ahli sihir.[1] Ragio Montanous menulis sebuah buku dalam kurun ke-15 berkaitan manfaat Sahifah al-Zarqalia. Pada tahun 1530, sarjana Jerman, Jacob Ziegler menulis komentar terhadap satu daripada karya al-Zarqali.

Nicolaus Copernicus, dalam karya beliau, De Revolutionibus Orbium Coelestium, yang dikarang dalam tahun 1530, memetik daripada karya-karya al-Zarqali dan al-Battani.[2]


Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. "Al Amal bi Assahifa Az-Zijia"
  2. "Attadbir"
  3. "Al Madkhal fi Ilm Annoujoum"
  4. "Rissalat fi Tarikat Istikhdam as-Safiha al-Moushtarakah li Jamiâ al-ouroud"
  5. "Almanac Arzarchel"

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Weever, J.,. Chaucer Name Dictionary: A Guide to Astrological, Biblical, Historical, Literary, and Mythological Names in the Works of Geoffrey Chaucer. Routledge, 1996. m/s. 41. ISBN 9780815323020. 
  2. http://www.isesco.org.ma/english/publications/Architects/P24.php

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]