Kuil Abu Simbel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abu Simbel)
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 22°20′13″N 31°37′32″E / 22.33694°U 31.62556°T / 22.33694; 31.62556

Peta menunjukkan lokasi Abu Simbel

Kuil Abu Simbel terletak di selatan Aswan, di tebing barat Sungai Nil, di Nubia (kini berhampiran sempadan Mesir dengan Sudan. Di situ terdapat dua kuil diukir pada batu yang dibina semasa pemerintahan dinasti ke sembilan belas Ramesses II.

Orang-orang barat mula mengetahui mengenainya melalui penulisan Johann Burckhardt pada tahun 1819, dan sejak itu Abu Simbel telah menjaid salah satu peringatan yang terkenal di Lembah Nil. Berikutan dengan keputusan bagi membina Empangan Baru di Aswan pada awal 1960-an, kuil tersebut mengalami ancaman ditenggelami oleh air. Dengan itu kuil itu telah dipotong dan diceraikan sebelum dipindahkan pada tahun 1968 di tanah tinggi gurun 64 meter (sekitar 200 kaki) tinggi dan 180 meter (600 kaki) ke barat tapak asal mereka.

Nama silam kawasan tersebut adalah Meha, yang pertama kali dicatat semasa dinasti ke lapan belas, ketika firaun Ay dan Horemheb membina chapel diukir pada batu di kaki bukit selatan Abu Simbel, di Gebel Shems dan Abahuda.

Bangunan arkeologi Abu Simbel merangkumi dua kuil batu besar di selatan Mesir, dibina di tebing barat Sungai Nil - masa kini, Tasik Nasser. Ia merupakan sebahagian Tugu Nubian Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang sepanjang dari Abu Simbel menghilir sehingga ke Philae.

Kuil berkembar ini diukir dari tebing gunung oleh Firaun Rameses II pada abad ke-13 SM untuk menakutkan jiran Nubia dan sebagai tugu kekal bagi dirinya dan ratunya Nefertari, meraikan apa yang didakwanya sebagai kejayaannya dalam Pertempuran Kadesh.

Konsep asal bagi kuil Abu Simbel berasal sejak dinasti ke lapan belas, dimodel menurut kuil Amenhotpe III di Soleb dan ratunya Tiye di Sedeinga. Kuil Agung di Abu Simbel merupakan yang pertama dari siri empat buah kuil yang dibina semasa pemerintahan Ramesses II yang membentuk satu unit, dan setiap satunya ditujukan khusus bagi salah satu empat dewa negeri; Amun-Re, Re-Horakhty, Ptah dan manisfestasi bagi firaun. Tiga kuil yang lain di bina di Wadi-es-Sebua (wilayah Amun), Derr (wilayah Re-Horakhty) dan Gerf Hussein (wilayah Ptah). Kuil Abu Simbel mula dibila pada awal pemerintahannya dan hanya siap pada tahun dua puluh lima pemerintahannya.

Tiada tembok kawasan atau ‘’dromos’’ yang masih selamat di hadapan Kuil Agung. Bagaimanapun kewujudan dinding bata di sisi sebelah utara kuil, dengan Pylon dan pintu masuk yang membawa kearah Kuil kecil dan tembok bata lumpur yang mengelilingi laluan masuk pada chapel di sebelah selatan.

Tanjak ke teres di apit oleh dua stelae besar. Sepanjang teres patung raja yang masih hidup atau yang telah dimummikan berselang dengan dewa helang. Satu ruang pemujaan solar dengan meja pemujaan terletak di bahagian utara teres. Pada bahagian selatannya tertulis versi ‘’Stela Perkahwinan’’ yang merakamkan perkahwinan Ramesses II dengan puteri Hittite pada Tahun ke 34 pemerintahan raja. Obelisk dan patung baboon yang asalnya terdapat di situ telah dipindahkan ke Muzium Cairo.

Bahagian hadapan yang diukir, berbentuk seperti pylon, dikuasai oleh empat patung firaun gergasi, setiap satu 22 meter (67 kaki) tinggi; ia diapit oleh ukiran berdiri ibu dan isterinya yang lebih kecil, dengan ukiran anak lelaki dan anak perempuan berdiri di kakinya. Gempa bumi pada waktu silam telah merosakkan patung gergasi yang mengapit pintu masuk; bahagian atas patung selatan roboh, tetapi patung di utara tidak rosak teruk dan telah dibaiki semasa pemerintahan Sety II.

Kuil besar Abu Simbel[sunting | sunting sumber]

Kuil Lebih besar Abu Simbel, merupakan salah satu daripada banyak puing yang didirikan oleh Firaun Rameses II, dan dianggap secara umum sebagai kuilnya yang teragung dan tercantik. Muka hadapan adalah setinggi 33 meter tinggi, dan 38 meter lebar, dan dikawal oleh empat patung Rameses II, setiap satunya setinggi 20 meter.

Tinggi di muka hadapan, terdapat ukiran sebaris baboons, tersenyum pada matahari terbit. Pada pintu masuk kuil, terdapat ukiran cantik nama raja, Ser-Ma'at-Ra, dan antara kaki patung raksaksa dimuka hadapan terdapat patung lebih kecil keluarga Rameses II: ibunya Mut-tuy, isterinya Nefertari, dan anak lelaki dan anak perempuannya.

Teluk Tasik Nasser dan kuil Nefertari

Terdapat juga beberapa dedikasi yang penting sekali merekodkan perkahwinan Rameses II kepada anak perempuan Raja Hittites. Pintu masuk kuil membawa kepada Dewan Besar Tiang (Great Hall of Pillars), dengan lapan tiang menyokong Rameses II yang didewakan dalam bentuk Osiris.

Dinding dewan ini mempunyai ukiran tulisan merakamkan Pertempuran Kadesh yang dilakukan oleh Rameses II terhadap Hittites. Kemudian kita memasuki dewan lebih kecil kuil – dewan bangsawan, mengandungi empat tiang empat segi. Kemudian kita tiba ketempat paling suci (Holiest of Holies), mengandungi empat patung duduk containing Ra-Harakhte, Ptah, Amun-Ra, dan Rameses II yang didewakan. Kuil ini unik, kerana matahari bersinar secara langsung pada tempat tersuci ini dua hari setahun: 21 Februari, hari jadi raja, dan 22 Oktober, tarikh penabalannya.

Kuil kecil Abu Simbel[sunting | sunting sumber]

Kuil Abu Simbel

Kuil Abu Simbel Kecil terletak di utara Kuil Besar. Ia diukir pada batu dengan perintah Rameses II dan ditujukan kepada dewi Hathor, dewi cinta dan kecantikan, dan juga kepada isteri kesayangannya, Nefertari. Bahagian hadapan dihiasi oleh enam patung, empat Rameses II dan dua Nefertari; yang luar biasa adalah keenam patung tersebut sama tinggi, yang menunjukkan tahap Nefertari dipuja. Laluan masuk membawa kepada dewan yang mengandungi enam tiang menyokong kepala dewi Hathor.

Dinding timur mempunyai ukiran tulisan menunjukkan Rameses II membunuh musuh dihadapan Ra-Harakhte dan Amun-Ra. Gambaran dinding lain menunjukkan Rameses II dan Nefertari memberi korban kepada dewa-dewa.

Melepasi dewan ini, terdapat dinding lain dengan lukisan dan gambaran pemandangan yang sama. Bahagian kuil terdalam merupakan tempat yang tersuci (holy of holies), di mana patung dewi Hathor didirikan.

Ini merupakan pemandangan yang mengkagumkan bagi pelawat; kerana di sini dia dapat melihat kubah buatan terbesar yang menyokong gunung buatan manusia dibelakang Kuil Abu Simbel.

Pemindahan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1959 kempen derma antarabangsa untuk menyelamatkan tugu Nubia bermula: peninggalan paling keselatan kebudayaan silam ini terancam oleh kenaikan paras air sungai Nil akibat pembinaan empangan Aswan.

Operasi menyelamat kuil Abu Simbel bermula pada 1964, dan membabitkan kos sekitar USD $36 milion. Antara 1964 dan 1968, keseluruhan tapak ini ditanggalkan dan dipasang kembali dilokasi baru – 65 m lebih tinggi dan 200 m dari sungai.

Model menunjukkan kedudukan relatif kuil Abu Simbel sebelum dan selepas pemindahan
Abu Simbel: Arca potret rasmi